awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk Gardenia naik antara 10 dan 40 sen mulai 1 Oktober ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/09/2023
09:29 MYT
Produk Gardenia naik antara 10 dan 40  sen mulai 1 Oktober ini
Gardenia KL mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.
Antara produk yang mengalami kenaikan adalah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan Kari Ayam, Quick Bites Butter Toffee dan Red Beans, Quick Bites Cream Rolls, Numee Yellow Noodle dan Numee Keluarga.
Produk-produk tersebut akan menyaksikan peningkatan antara 10 dan 40 sen.
"Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober ini.
"Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast'em kekal (tidak mengalami kenaikan harga) untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggannya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, pada 1 September tahun lalu, enam produknya dijual dengan harga baharu yang mana ia membabitkan kenaikan antara 10 sen hingga 50 sen.
Perubahan harga itu membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast'em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia RM1 kepada RM1.10.
Topic Berkaitan
#Gardenia
#roti
#kenaikan harga
#Gardenia naik harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan