Produk kesihatan yang mengandungi bacaan ayat Al-Quran serta doa ini mendapat permintaan tinggi di Kelantan.

Ini bersusulan peringatan bekas iman Masjid Negara Datuk Hassan Mahmud mengenai penggunaan produk kesihatan yang menggunakan ayat Al Quran.

Menurut pemilik pusat kecantikan dan pengasas produk, Vivi Sumanti Ahmad, jualan produk yang mengandungi bacaan ayat Al-Quran ini amat laris dan sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Katanya rakyat Kelantan yakin dan menggunakan produk tersebut dalam kehidupan seharian.

“Dari segi jualan di Kelantan ini, orang Kelantan ni suka yang jenis ada ayat Al-Quran ni, 30 juzuz kerana ianya menyakinkan dapat menyihatkan dan meningkatkan IQ pelajar.”

Katanya, antara barangan yang di baca dengan ayat suci ialah air mineral, air minuman, kismi penerang hati, krim pemutih, pembersih muka dan lain-lain lagi.

Katanya kebanyakan pengeluar produk lebih gemar mengeluarkan produk kecantikan yang disertakan dengan bacaan ayat Al-Quran khusus untuk pasaran masyarakat Islam di negara ini.

Katanya ianya merupakan satu tarikan baru kepada pengguna terutama di pantai timur ini.

Namun bagi pengguna, bukan semua produk yang dibacakan doa dan ayat Al-Quran menjadi perhatian dan tarikan.

Mereka berpandangan dengan disertakan bacaan Al-Quran itu mungkin salah satu cara untuk menarik minat pembeli, namun kesan dan keberkesanan bahan tersebut masih lagi sangsi.

““Soal keyakinan…itu terpulang pada kita, kalau tak ada usaha tak jadi jugak bagilah 70 juzuz pun kalau tak usaha tak jadi pun,” Sulaimiyah Mohd Naim.

“Saya tau setakat ini saya tak guna lah ..tertarik mungkin sebab guna ulamak, cara islam,” kata seorang lagi pengguna, Rohayu Zakaria.

Katanya pelbagai barangan di pasaran terutama yang melibatkan produk kesihatan sudah banyak disertakan dengan bacaan alquran sebagai salah satu tarikan kepada pengguna.