KOTA KINABALU: Eksport produk makanan proses berstatus halal Malaysia kini berjaya menembusi lebih 150 negara yang mencakupi 1.8 bilion umat Islam global, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata bagaimanapun, pasaran berkenaan masih luas dan dengan usaha yang dilipatgandakan, tidak mustahil satu hari nanti produk tempatan Halal Malaysia bukan sahaja hanya tertumpu di negara majoriti Islam, malah turut menjadi produk pilihan dan mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.
"Sudah tentunya menjadi hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk melihat produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
"Oleh itu, KPKM serta kementerian lain yang berkaitan sentiasa menyokong usaha para penggiat industri makanan tempatan untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan di peringkat global melalui pelbagai galakan dan insentif kerajaan sama ada dalam bentuk bantuan khidmat nasihat, latihan, geran pembiayaan dan insentif cukai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Expo Makanan Antarabangsa Sabah 2024 (SIFEX2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini yang berlangsung selama tiga hari hingga esok bermula 10 pagi hingga 8 malam.
SIFEX2024 mengetengahkan antaranya produk makanan, minuman, produk industri kecil dan sederhana (IKS) dan buah-buahan melibatkan 300 lot niaga oleh usahawan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan peserta luar negara.
Sementara itu, Mohamad berkata teknologi digital pada era Revolusi Industri 4.0 pada masa ini mempengaruhi semua peringkat rantaian nilai agromakanan.
"Pendigitalan digabungkan dengan inovasi dan ekoinovasi untuk mendapatkan kelebihan daya saing yang lebih mampan. Dengan kata lain, teknologi digital merupakan kunci utama mentransformasikan kaedah sesuatu makanan dihasilkan, diproses, dijual dan dimakan.
"Dalam konteks ini, kita sering dapat melihat kejayaan luar biasa para usahawan khususnya dalam kalangan golongan belia yang lebih sinonim dengan panggilan pempengaruh media sosial, berjaya menggandakan sumber pendapatan mereka dengan meningkatkan jualan produk-produk tempatan menerusi platform media sosial," katanya.
Sehubungan itu, beliau percaya anak-anak Sabah juga mampu menghasilkan produk makanan yang berpotensi dipasarkan dan dijual ke seluruh negara menggunakan platform aplikasi digital, dalam talian mahupun luar talian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Mohamad (kiri) melawat reruai produk makanan selepas menyempurnakan perasmian Ekspo Makanan Antarabangsa Sabah (SIFEX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Produk makanan halal Malaysia tembusi pasaran di 150 negara - Mohamad
Eksport produk makanan proses berstatus halal Malaysia kini berjaya menembusi lebih 150 negara yang mencakupi 1.8 bilion umat Islam global.
Eksport produk halal Malaysia berkembang kukuh - Mustapa
Eksport pada 2015 berjumlah RM39 bilion berbanding RM35 bilion pada 2014, peningkatan ketara daripada RM24 bilion pada 2011.