awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program BMTKM fasa pertama bermula pertengahan bulan ini - Mustapa

Bernama
Bernama
01/05/2022
08:59 MYT
Program BMTKM fasa pertama bermula pertengahan bulan ini - Mustapa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed ditemui pemberita pada Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Masjid Al Taqwa Mukim Jajawi hari ini. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Pelaksanaan fasa pertama Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) membabitkan 5,000 ketua isi rumah (KIR) di 80 lokaliti seluruh negara dijangka bermula pertengahan bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata setakat ini pihaknya telah mengadakan libat urus di beberapa lokaliti seperti Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Kelantan untuk memberi pencerahan mengenai program itu kepada KIR yang telah dikenal pasti.
"BMTKM ini adalah program ekonomi untuk meningkatkan pendapatan penduduk. Menerusi libat urus yang telah dilaksanakan kita telah mengadakan perbincangan dengan KIR mengenai produk berpontensi untuk diusahakan bagi menjana pendapatan.
"Di Sabah, ada KIR yang ingin mengusahakan ternakan ayam tetapi kita telah menasihatkan agar mencari produk lain memandangkan ia memerlukan modal agak besar. Selain itu, ada KIR yang ingin mengusahakan madu kelulut kita bersetuju kerana ia tidak membabitkan kos besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 12 KIR terpilih menyertai BMTKM bagi Kelantan di Kampung Jejawi, di sini hari ini.
BACA: Kerajaan guna pendekatan holistik tangani miskin tegar - Mustapa
BACA: Hapus miskin tegar menjelang akhir 2025 - Mustapa
Mustapa berkata dua agensi di bawah kementeriannya iaitu Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dilantik menjadi penyelaras dan pemudah cara bagi pelaksanaan program tersebut.
Katanya, sebanyak lapan universiti termasuk Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Kelantan turut bekerjasama dari segi penyediaan pangkalan data dan juga pemantauan rapi.
"Mereka (universiti) bertanggungjawab untuk membina pangkalan data selain melakukan pemantauan perkembangan peserta program sebanyak tiga bulan sekali. Sekiranya terdapat masalah, mereka akan memberikan kaedah untuk menyelesaikannya.
"Kita jangka hujung 2025 tiada lagi golongan miskin tegar, malah peserta terbabit dengan BMTKM telah melepasi paras garis kemiskinan yang mana mereka mampu berdikari dengan menggunakan beberapa bantuan diberi kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#miskin tegar
#BMTKM
#Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia
#fasa pertama
#ekonomi
#Mustapa Mohamed
#KIR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan