TUARAN: Kerajaan mahu menghapuskan miskin tegar di negara ini menjelang akhir 2025 menerusi program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata melalui BMTKM keluarga miskin tegar akan diberikan bantuan bagi menambah baik hidup mereka, dan seterusnya dipantau perkembangan keluarga terutamanya peluang pendidikan diterima anak-anak mereka.
Beliau berkata daripada 195,664 keluarga miskin tegar di negara ini, sebanyak empat negeri mencatat jumlah tertinggi iaitu Sarawak dengan 58,611 keluarga, Sabah (31,598 keluarga), Kelantan (28,553 keluarga)dan Kedah (15,964 keluarga).
"Miskin tegar ini secara umumnya pendapatan mereka kecil cukup makan sahaja dan kita mahu hapuskan pada akhir 2025, maknanya pada awal 2026 kita ingin isytiharkan tiada lagi keluarga miskin tegar di Malaysia.
"Kita mahu bagi bantuan (BMTKM) berkesan sekali sahaja supaya mereka boleh keluar daripada kemiskinan tegar, program ini bukan sahaja diukur segi pendapatan kita juga mahu perubahan minda seperti pastikan anak-anak mereka ke sekolah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan mengadakan lawatan ke Kampung Penimbawan di sini yang merupakan antara 10 lokaliti dipilih untuk pelaksanaan Fasa Satu BMTKM di negeri ini.
Lokaliti lain ialah Kampung Penangah di Tongod; Kampung Bongkol (Pitas); Kampung Sembirai (Kota Belud); Kampung Tandek (Kota Marudu); Kampung Pelakat (Sipitang); Kampung Binsulok (Beaufort); Kampung Tetabuan (Beluran); Kampung Kaingaran (Ranau); dan Kampung Lima (Nabawan).
Mengulas lanjut, Mustapa berkata bagi Fasa Satu BMTKM sebanyak 80 lokaliti di seluruh negara telah dikenal pasti dengan kira-kira 50 keluarga dalam setiap lokaliti akan menerima manafaat menerusi program tersebut.
"Fasa satu ini, sebanyak 10 lokaliti masing-masing di Sabah dan Sarawak 10 dipilih manakala selebihnya di Semenanjung...tahun ini dua lagi fasa dilaksanakan, jadi ada tiga fasa dan keseluruhan 240 lokaliti akan dipilih tahun ini, dan Sabah tahun ini 10 lokaliti setiap fasa jadi 30 lokaliti tahun ini," katanya.
Ditanya tentang mekanisme akan dilaksanakan untuk membawa keluar keluarga terlibat daripada miskin tegar, beliau berkata BMTKM itu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri, pejabat daerah dan agensi terlibat yang mengenal pasti keperluan keluarga di lokaliti tertentu.
"Setiap lokaliti ada keperluan dan strategi tertentu seperti Kampung Penimbawan ini sektor perikanan jadi kita bagi bantuan seperti peralatan menangkap ikan dan ada juga kita bantu menjalankan aktiviti penternakan, ini akan dikenal pasti oleh agensi terlibat seperti pejabat daerah masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada ibu tunggal Salbiah Samad (tengah) ketika mengadakan lawatan turun padang bertemu ketua isi rumah miskin tegar sempena Program BMTKM di Kampung Musallah malam tadi. - BERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
KUSKOP, Sekretariat SMJ bincang intervensi tangani miskin tegar Sabah - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) akan berbincang mengenai intervensi menangani kemiskinan tegar di negeri ini.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Miskin tegar Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah - Hajiji
Setakat bulan lepas, hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan miskin tegar direkodkan di Tuaran, berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.
Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.
Pulau Pinang bakal catat kemiskinan tegar sifar menjelang Jun 2024 - PM
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berusaha menyelesaikan masalah lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
'Noktah miskin tegar bukan bermaksud tiada kemiskinan dalam negara' - Rafizi
Rafizi berkata konsep menoktahkan miskin tegar dibuat berdasarkan kadar kemiskinan tegar di seluruh negara yang dilaporkan setiap tahun.
Kerajaan peruntuk RM50 juta program basmi kemiskinan di Terengganu
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini.
Jangan gah bangunan mencakar langit, tapi rakyat ikat perut, tidur berbumbung langit - Sultan Perak
Sultan Perak bertitah, selagi ada rakyat yang miskin, usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan.