KUALA LUMPUR:Program i-Sinar yang dimumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini adalah kesinambungan program i-Lestari yang dilancarkan pada Mac 2020.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program itu adalah hasil perbincangan di antara KWSP dan Kerajaan dalam menambah baik inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar.
"Mendukung semangat prihatin rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan dan insentif untuk membolehkan rakyat menghadapi cabaran-cabaran semasa ekoran penularan wabak COVID-19.
"Pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan sejak Mac 2020 – PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN bernilai RM305 bilion, termasuk Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM322.5 bilion – adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk melindungi kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara berterusan.
"Program i-Sinar yang telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini adalah kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang telah pertama dilancarkan KWSP pada Mac 2020," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Di bawah i-Sinar, Tengku Zafrul menjelaskan, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 bawah RM90,000 dan kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.
Buat kategori ahli KWSP yang memiliki simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama 6 bulan sehingga maksimum RM9,000; dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.
Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.
BACA: i-Sinar: Skop pengeluaran Akaun 1 KWSP diperluas, manfaatkan 2 juta ahli terkesan akibat COVID-19
Manakala bagi kategori ahli yang mempunyai jumlah simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000, ahli dibenarkan mengeluarkan secara ansuran selama 6 bulan sehingga maksimum RM60,000 (tertakluk kepada jumlah simpanan); dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan.
"Kerajaan berharap pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban aliran tunai, tetapi dapat memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa. Penambahbaikan ini telah dibuat berpandukan data dan analisa profil tanggungan ahli KWSP yang terkesan serta pertimbangan tren jangkitan COVID-19.
"Pendaftaran i-Sinar akan bermula pada bulan Disember 2020 dan pengeluaran pertama akan dilaksanakan mulai Januari 2021. Butiran lanjut boleh didapati di pautan www.kwsp.gov.my.
"KWSP mensasarkan sehingga 2 juta ahli yang terkesan COVID-19 akan dapat memanfaatkan i-Sinar, iaitu golongan yang telah kehilangan pekerjaan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2-bulan berturut-turut, atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan," katanya.
Dalam pada itu, kerajaan ingin mengingatkan jelas Tengku Zafrul, bahawa program i-Sinar akan berjalan serentak dengan beberapa lagi inisiatif dan bantuan menerusi KWSP, termasuk program i-Lestari dan pengurangan caruman bulanan oleh pekerja yang telah diumumkan dalam PRIHATIN dan Belanjawan 2021.
Program i-Sinar dianggarkan bernilai sebanyak RM14 bilion, program i-Lestari RM30 bilion, pengurangan caruman pekerja kepada 7% (bagi tahun 2020) bernilai RM8 bilion dan pengurangan caruman kepada 9% (bagi tahun 2021) pula dianggarkan sebanyak RM9 bilion.
Inisiatif KWSP yang dilaksanakan bagi membantu kelangsungan hidup rakyat bagi tahun 2020-2021 adalah berjumlah RM61 billion.
Bagaimanapun tegas Tengku Zafrul, kerajaan sedar bahawa KWSP merupakan simpanan hari tua ahli, justeru terdapat keperluan mengimbangi antara bantuan dan kepentingan persaraan untuk masa depan.
"KWSP memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara secara langsung dan tidak langsung. Antara lain, KWSP memegang 30% bon kerajaan, 25% bon korporat dan 10% dalam pasaran ekuiti.
"Dalam hal ini, kebolehan KWSP untuk terus menyokong usaha kerajaan dalam melindungi rakyat dan pembangunan negara adalah hasil kecekapan pengurusan dan ketelusan kawalan selia yang berterusan sejak dahulu lagi.
"Kerajaan berterima kasih kepada KWSP dalam perkara ini. Kerajaan juga ingin mengingatkan bahawa bantuan-bantuan lain bagi melindungi rakyat di bawah PRIHATIN, PENJANA dan KITA PRIHATIN serta Belanjawan 2021 masih berjalan atau bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
"Ini termasuk bayaran fasa kedua BPN 2.0, pembayaran rayuan Bantuan Sara Hidup 2020, pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0, Program Subsidi Upah 2.0, Bantuan Prihatin Rakyat dan pelbagai lagi. Dalam hal ini, Kerajaan tidak pernah berkompromi dalam usaha melindungi nyawa dan kehidupan rakyat," jelas Menteri Kewangan itu.
Fareez Azman
Mon Nov 16 2020
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program itu adalah hasil perbincangan di antara KWSP dan Kerajaan dalam menambah baik inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar. - Gambar BERNAMA
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KWSP jadi pemegang unit penting dalam KIP REIT selepas pegang enam peratus kepentingan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru i
Lebih dua juta ahli aktif KWSP capai simpanan asas - MOF
Jumlah tersebut adalah perbandingan daripada 2.21 juta atau 30.4 peratus daripada 7.25 juta ahli aktif formal pada Disember 2022.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
KWSP kini memiliki 5.99% pegangan saham dalam Mega First Corporation
KWSP, melalui Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd, memperoleh 10 juta saham Mega First pada 2 Dis.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.