awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing

Bernama
Bernama
05/12/2024
03:50 MYT
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja asing mencarum KWSP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
MoF berkata sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh sedang dilaksanakan demi memastikan dasar dibuat adalah holistik dengan mengambil kira semua pandangan dan input daripada pihak yang terlibat.
"Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan keadilan dalam pasaran buruh dengan memastikan perlindungan sosial untuk semua pekerja adalah selaras dengan piawaian antarabangsa iaitu ketetapan Artikel 68, Konvensyen 102 International Labour Organisation (ILO) bermaksud hak sama rata perlindungan sosial kepada individu bukan warganegara
"Langkah ini juga dilihat dapat meningkatkan daya saing perniagaan tempatan di peringkat global melalui dorongan peralihan perniagaan ke arah automasi sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga bukan warganegara," katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara, hari ini.
Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong berhubung keputusan caruman mandatori KWSP ke atas pekerja asing yang bakal membebankan pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Mengulas lanjut, kementerian itu berkata langkah tersebut juga adalah seiring dengan usaha KWSP dalam memastikan semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan untuk turut mempunyai simpanan persaraan bagi menangani risiko ketidakcukupan simpanan persaraan pada usia tua serta akses kepada perlindungan sosial.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan bahawa kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP dan cadangan tersebut akan dilaksanakan secara berfasa.
Anwar berkata kerajaan komited dalam memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Madani
#Belanjawan2025
#KWSP
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan