PUTRAJAYA: Rasa kasih sayang dan keprihatinan terhadap kepercayaan dan agama berbeza mendorong seorang pelajar pascasiswazah bukan Muslim meluangkan masa lebih lima jam di Masjid Putra di sini semalam.
Berasal dari North Carolina, Amerika Syarikat, Olivia Price, 24, yang juga penuntut Universiti Malaya (UM) berkata berada lebih setahun di Malaysia telah mengajarnya lebih mendalam mengenai masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan budaya.
"Saya sedang melanjutkan pengajian sarjana dalam kaunseling, iaitu sebab lain mengapa saya sangat mengambil berat tentang apa yang orang percaya kerana apa yang anda percaya mempengaruhi tindakan anda.
"...dan saya sangat berminat dengan kepercayaan dan agama berlainan. Saya berpendapat program ini sangat berinformasi dan saya banyak belajar mengenai Islam dan saya merasakan ia ruang yang baik untuk bertanya memandangkan ia sangat membantu kerana saya mahu memahami pandangan berbeza," katanya ketika ditemui pada program Iftar Ramadan Bersama Pelancong Bukan Muslim di sini semalam.
Price antara 300 individu bukan Muslim yang menyertai program anjuran Masjid Putra dan Pusat Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu.
Berkongsi sentimen sama Del Zook, 24, juga dari North Carolina yang pertama kali berada di dalam masjid dan teruja menyertai majlis berbuka puasa bersama rakan Muslim.
"Memang hebat dapat bersama rakyat Malaysia dan menarik belajar mengenai agama ini (Islam) dan masjid," kata pelajar pascasiswazah semester ketiga UM itu.
Pegawai Perhubungan Awam Masjid Putra Ahmad Najib Aris berkata program tahunan tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai agama Islam disusuli sesi soal jawab mengenai ibadah puasa oleh petugas ABIM Outreach yang juga dikenali sebagai Mosque Tour Guide dan diakhiri dengan sesi berbuka puasa beramai-ramai.
"Acara signifikan ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama masyarakat Islam dan bukan Islam selain mempromosikan keindahan Masjid Putra kepada pelancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Para pelancong menjamu selera pada Majlis Iftar Masjid Putra Putrajaya bersama warga bukan Islam semalam. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Program iftar tarik 300 peserta bukan Muslim
Berada lebih setahun di Malaysia mengajar Olivia lebih mendalam mengenai masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan budaya.
Kelab Tottenham Hotspur anjur iftar di stadium
Tottenham Hotspur buat julung kalinya menganjurkan majlis berbuka puasa di stadium kelab itu, lapor Agensi Anadolu.
Penglibatan rakyat dalam aktiviti KDN mudahkan penyaluran polisi - Shamsul Anuar
Penglibatan rakyat dalam setiap aktiviti anjuran agensi di bawah KDN akan memudahkan penyaluran dan pelaksanaan polisi atau dasar kementerian itu kepada golongan akar umbi.
Alumni UIAM santuni mahasiswa terkesan COVID-19
Beberapa aktiviti dijalankan bagi membantu memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga sepanjang bulan Ramadan ini.
Bahaya makanan segera ketika iftar, ini apa yang anda perlu tahu
Menu memanglah nampak mudah dan senang, namun tahukah anda apakah impak pengambilan makanan segera ini terhadap tubuh badan anda?
Bukan lagi 'pesta' bazir makanan dan berlebih-lebih, COVID-19 jadikan Ramadan kali ini yang terbaik
Umat Islam diberi peringatan, bahawa ini peluang keemasan untuk kembali ke matlamat asal dan memahami tujuan sebenar berpuasa.
Jom tinjau bazar Ramadan... Maaf kalau artikel ini buat anda lapar!
Aneka jenis makanan di bazar Ramadan menambahkan kemeriahan suasana lewat petang di ibu negara.
Anwar mohon maaf program berbuka puasa seperti pesta
Beliau berkata, pihaknya telah menerima bantahan daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa program tersebut disambut dengan lagu dan bunga api.
Buka puasa 'berjemaah' di tepi Sungai Kelantan meriah
Suasana meriah tersebut dirasai semalam (Sabtu) dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung yang mencari kelainan ketika menikmati iftar.
Masyarakat bukan Islam sertai iftar di surau Seberang Jaya
Surau Sutera menganjurkan program 'Surau Terbuka' dan juga majlis berbuka puasa.