Program memperingati mendiang Karpal Singh yang diadakan di beberapa negeri oleh DAP baru-baru ini adalah semata-mata untuk tujuan politik, kata Pemuda MCA.
Ketuanya, Chong Sin Woon berkata, DAP menggunakan tokoh politik veteran itu untuk meraih undi rakyat terutama sekali di Bukit Gelugor yang akan diadakan pilihan raya kecil tidak lama lagi.
"Ya, ia memang bertujuan politik... jika tidak kerana pilihan raya kecil, mereka tentu tidak akan berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sambil menyifatkan kerusi Bukit Gelugor sesuatu sukar untuk dirampas oleh MCA, Chong turut berkata ia akan lebih sukar sekiranya kerusi itu ditandingi oleh anak Karpal Singh.
Selain itu, beliau juga mengkritik sikap DAP yang menggunakan Karpal sebagai jalan untuk menentang hudud.
Ujarnya, kata-kata DAP mengakui 'pegangan Karpal adalah pegangan DAP', amat bertentangan dengan tindakan mereka yang mahu bertanding atas tiket PAS semasa mereka mengalami masalah pendaftaran parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Menyentuh tentang isu hudud pula, Chong memberi amaran kepada UMNO supaya tidak menjadikan hudud sebagai pegangan Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA.
Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata UMNO ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.
Bagaimanapun MCA secara tegasnya menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS, namun menafikan bahawa mereka menolak agama Islam.
"Saya harap mereka tidak benar-benar laksanakannya (hudud)... itu pandangan kami dari MCA. Dan saya harap UMNO tahu tentang itu," tambahnya.
Program memperingati bekas Pengerusi DAP, Karpal Singht telah diadakan di beberapa negeri bermula dengan Kuala Lumpur pada 24 April, diikuti Ipoh pada 25 April, Skudai pada 27 April, Melaka pada 30 April, Seremban pada 2 Mei, Puchong pada 3 Mei dan berakhir Pulau Pinang pada 5 Mei.
Program tersebut dihadiri oleh para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Tokoh-tokoh lain seperti Datuk Ambiga Sreenevasan, Sasterawan Negara A. Samad Said dan Hishammudin Rais juga hadir memberikan penghormatan serta ucapan mereka.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, itu terbunuh dalam kemalangan di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi 17 April.
Juga terkorban dalam kemalangan tersebut adalah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, manakala anak beliau, Ram Karpal, dilaporkan cedera parah.
Haider Yutim
Sun May 04 2014
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon. - Foto BERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
Tol: Jangan terpedaya dengan hasutan dan pengiraan dibuat pembangkang
Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Mansuh tol motosikal, permulaan hapuskan tol - Guan Eng
Pemansuhan tol motosikal di tiga laluan yang berkuat kuasa tengah malam tadi adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH).
Label Pemuda UMNO gengster, Ramkarpal, Ahli Parlimen pertama diarah keluar Dewan
Arahan tersebut dikeluarkan selepas Ramkarpal Singh enggan tarik balik label 'gengster' yang digunakannya terhadap Pemuda UMNO.
Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan syarat menjadi pengundi di Pulau Pinang sebelum dapat membeli rumah di negeri di bawah pentadbiran pembangkang itu sebagai suatu yang pelik.
PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden
PAS kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
DAP berjaya kekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor
Ramkarpal yang telah menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 37,659 , meraih jumlah undi sebanyak 41,242.
PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi tadi.