awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Karisma Pemikir MADANI akan diperluas di IPT lain - Zambry

Bernama
Bernama
25/06/2024
20:30 MYT
Program Karisma Pemikir MADANI akan diperluas di IPT lain - Zambry
Zambry berkata UiTM perlu bergerak pantas seiring dengan pelbagai dimensi perubahan yang berlaku pada masa ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seluruh Malaysia akan diperluas ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain selepas ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Perkara itu dimaklumkan oleh Zambry dalam catatan menerusi Facebook beliau malam Selasa..
Beliau berkata program berkenaan bertujuan merapatkan kembali saf kepimpinan IPT, pensyarah dan pemimpin muda untuk bersama-sama menghayati hala tuju terkini pembangunan negara serta melakar sejarah negara bangsa.
Program dua hari anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama UiTM itu, katanya telah mengumpulkan seramai 74 peserta daripada kepimpinan tertinggi UiTM seluruh negara dengan matlamat memperkasakan hala tuju institusi itu selaras dengan agenda Malaysia MADANI dan penghayatan Rukun Negara.
Berkongsi perkara yang ditekankan oleh beliau ketika menghadiri program itu hari ini, Zambry berkata UiTM perlu bergerak pantas seiring dengan pelbagai dimensi perubahan yang berlaku pada masa ini.
Beliau berkata UiTM tidak harus lagi dimomokkan dengan status universiti kerajaan yang mengharapkan sepenuhnya kepada kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Malaysia Madani
#akm
#sejarah negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan