MALAYSIA
Program kesedaran kewangan i-Saraan perkasa generasi muda

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying (tiga, kiri) pada Majlis Penyerahan Sumbangan KWSP i-Saraan Kepada Pelajar B40 Tanjong hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Program i-Saraan yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan inisiatif penting dalam memperkasakan generasi muda dengan ilmu dan kesedaran kewangan sejak awal.
Ringkasan AI
- Program i-Saraan KWSP diperluas kepada remaja seawal 14 tahun, bagi memupuk kesedaran kewangan dan budaya menabung sejak usia muda.
- Kerajaan memperuntukkan RM114.8 juta pada 2024, memberi manfaat kepada lebih 529,000 pencarum, dengan insentif padanan sebanyak 20% hingga RM500 setahun.
- Timbalan Menteri Kewangan menyumbang RM10,000 untuk buka akaun i-Saraan bagi pelajar B40, sebagai langkah sokongan dan dorongan terhadap pengurusan kewangan awal.
Program itu disertai pelajar dan guru dari lima sekolah, iaitu SMK St. Xavier, Kolej Tingkatan Enam Hutchings, SMK Westlands, SMKA Perempuan Al-Mashoor dan SMK Perempuan Methodist.
Lim, yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata setiap ringgit yang disimpan adalah pelaburan untuk masa depan dan melalui skim i-Saraan, pencarum boleh menerima insentif padanan kerajaan sebanyak 20 peratus setahun sehingga maksimum RM500, dengan jumlah maksimum keseluruhan RM5,000 seumur hidup.
Katanya pada 2024, kerajaan memperuntukkan RM114.8 juta untuk skim i-Saraan, yang memberi manfaat kepada lebih 529,000 pencarum berbanding RM54.7 juta kepada 383,082 ahli pada 2023.
"Sebagai tanda sokongan saya terhadap usaha ini, saya telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan sebanyak RM10,000 bagi membuka akaun i-Saraan kepada 200 pelajar daripada golongan B40.
"Setiap pelajar akan menerima RM50 sebagai permulaan dan saya harap ini bukan sekadar untuk membuka akaun, malah sebagai simbol keyakinan kami terhadap potensi anda untuk memulakan langkah bijak ini," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami