awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan

Aida Aziz
Aida Aziz
29/02/2024
05:33 MYT
Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Salbiah berkata, pihak NCIA turut menganjurkan kursus barista sebagai galakan kepada anak muda untuk menerima latihan kemahiran agar dapat memberikan nilai tambah dan estetika kepada produk mereka. - Foto SUK Perak
IPOH: Karnival Cherita Secangkir Kopi yang dianjurkan penghujung tahun lalu kini dijadikan salah satu pengisian dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2024 (TMP 2024).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Koperasi, Datuk Salbiah Mohamed berkata, keputusan itu dibuat antara lain untuk memberi sokongan kepada industri kopi di negeri ini.
Ini kerana, menurutnya, sambutan yang diterima menerusi karnival itu sebelum ini begitu menggalakkan, di samping telah berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.
"Kerajaan negeri telah menzahirkan sokongan kepada industri kopi di Perak dengan penganjuran Karnival Cherita Secangkir Kopi bertempat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo).
"Hasilnya, lebih 40 usahawan berasaskan kopi bersama sokongan dari agensi seperti Perak SADC, STeP, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA dan lain-lain dapat dikumpulkan di bawah satu program.
"Karnival ini mencatatkan kehadiran lebih 5,000 pengunjung dari dalam dan luar Perak. Ia juga merekodkan jualan lebih RM80,000," katanya ketika menjawab soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.
Salbiah berkata, program kopi di dalam kalendar TMP 2024 itu nanti akan diberi pengisian lebih padat dan menerima kerjasama agensi yang lebih erat terutama dari Tourism Perak.
"Saya juga ingin mempromosikan para usahawan kopi tempatan yang perlu kita sokong, antaranya BagiKopi, Ngopdul Roastery, B’ Care Kopi, Kamar Kopi, Kopi & Bulan, Projek Kafein dan Perk&Sip.
"Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) melalui Program empowerNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan turut menganjurkan kursus barista di beberapa daerah.
"Ia sebagai galakan kepada anak muda untuk menerima latihan kemahiran agar dapat memberikan nilai tambah dan estetika kepada produk minuman kopi yang dihasilkan," tambahnya.
Katanya, usaha itu dapat meningkatkan kapasiti serta produktiviti usahawan tempatan untuk bersaing setanding dengan jenama kopi terkemuka.
Salbiah berkata, terdapat lebih 100 kedai kopi pelbagai jenama yang diusahakan di seluruh Perak.
Bukan sahaja di lot kedai, bahkan ada yang beroperasi di rumah seperti kedai KopiDepanRumah serta di lorong seperti kedai belakang lorong, Ipoh.
Topic Berkaitan
#Tahun Melawat Perak 2024
#DUN Perak
#Salbiah Mohamed
#usahawan kopi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan