awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program ME4A muncul pemenang Asian Digital Media Award

Fareez Azman
Fareez Azman
13/09/2021
10:30 MYT
Program ME4A muncul pemenang Asian Digital Media Award
Program Media Education 4 All (ME4A) yang dianjurkan Arus Academy dan 15 pendidik Malaysia muncul sebagai pemenang Asian Digital Media Award oleh World Association of News Publishers (WAN-IFRA). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Program Media Education 4 All (ME4A) yang dianjurkan Arus Academy dan 15 pendidik Malaysia muncul sebagai pemenang Asian Digital Media Award bagi kategori Projek Terbaik Literasi Berita oleh World Association of News Publishers (WAN-IFRA).
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media bersama Arus Academy, Media Education For All dan The Forth pada Isnin.
Menurut Pengasas Arus Academy, David Chak, pengiktirafan terbabit memberi suntikan semangat buat semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam membantu sektor pendidikan di negara ini terutama ketika pandemik COVID-19.
“Kejayaan yang dikecapi melalui anugerah ini merupakan satu bentuk pengiktirafan bagi masa yang telah kami luangkan dalam melaksanakan inisiatif ini.
"Dengan keadaan pandemik dan pilihan raya yang bakal menjelang, pelaksanaan pendidikan literasi media semakin mendesak saban hari, dan usaha ini wajar dipergiatkan dengan segera.
"Saya berharap anugerah ini membuka lebih banyak peluang untuk kolaborasi dengan institusi pendidikan tempatan, sama ada awam atau swasta untuk melatih lebih ramai pendidik celik media dan maklumat," katanya.
Program ME4A yang dilancarkan pada awal tahun ini merupakan pendidikan dalam talian secara percuma kepada semua pelajar di seluruh negara.
Usaha itu melibatkan kerjasama 15 pendidik yang telah dipilih khas dan juga 12 pengamal media tempatan.
Kursus percuma yang dilancarkan pada 3 September 2021 kini mempunyai lebih daripada 1,700 guru yang telah mendaftar dan mengikutinya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#guru
#Malaysia
#pandemik
#pelajar
#pendidikan
#Arus Academy
#Program Media Education 4 All
#Asian Digital Media Award
#pemenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan