awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program 'Melaka Bila Larut Malam' ditangguh, beri laluan sambutan Maal Hijrah 1446H

Bernama
Bernama
03/07/2024
05:37 MYT
Program 'Melaka Bila Larut Malam' ditangguh, beri  laluan sambutan Maal Hijrah 1446H
Program Melaka Bila Larut Malam kebiasaannya diadakan pada Sabtu minggu pertama setiap bulan. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Penganjuran program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife yang dijadualkan berlangsung minggu ini, ditangguhkan ke 13 Julai bagi memberi laluan kepada sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat negeri.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata orang ramai dijemput menghadiri sambutan berkenaan yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Krubong bermula 6 petang hingga 11 malam, Sabtu ini.
"Paling ditunggu-tunggu ialah ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad pada malam tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ab Rauf berkata antara pengisian sambutan Maal Hijrah 1446H tahun ini ialah bacaan surah Yasin, doa kesyukuran, bacaan doa akhir tahun 1445H dan awal tahun 1446H.
Turut diadakan alunan qasidah oleh Kumpulan Ahbabusham dan Ar Rahman serta Majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H, katanya.
Program Melaka Bila Larut Malam kebiasaannya diadakan pada Sabtu minggu pertama setiap bulan dan tiket masuk ke beberapa kawasan tumpuan pelancongan dijual dengan harga serendah RM10.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Melaka Bila Larut Malam
#program ditangguh
#Maal Hijrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan