JOHOR BAHRU: Program Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dijangka akan dilaksanakan selepas Aidilfitri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata program dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu pada peringkat awal akan dilaksanakan di 20 IPTA di sekitar Lembah Klang.
Beliau berkata program itu akan diselaraskan oleh kedua-dua kementerian dan satu perbincangan juga telah dibuat dengan Menteri KPT Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Perkara ini saya telah bincang dan menghubungi sendiri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beliau sangat bersetuju untuk bersama-sama laksana program ini.
"Dari segi menyediakan tempat, itu adalah di bawah bidang kuasa KPT dan menu pula adalah di bawah KPDN, jadi dengan kedua-dua kementerian telah bersetuju untuk menyelaras, saya rasa ia boleh dilaksana selepas segala perancangan dibuat iaitu selepas Aidilfitri," katanya pada sidang media selepas melancarkan Menu Rahmah di Samballana Bistro, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Program Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi.
Salahuddin berkata program itu juga dijangka akan terus diperluas melibatkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai rangkaian minuman popular yang menggunakan nama Menu Rahmah terhadap produk mereka dan adakah ia dilihat seperti memanipulasi untuk tujuan promosi, Salahuddin berkata beliau tidak menganggap ia sebagai manipulasi sebaliknya menjelaskan semua pihak dialu-alukan untuk menyahut inisiatif kerajaan itu.
"Saya di peringkat ini tidak menganggap ia sebagai manipulasi, dengan air yang diletak nama Menu Rahmah, selagi mereka berkompromi dengan kualiti dan cita rasa, kita amat mengalu-alukan," katanya.
Salahuddin pada masa sama berkata pihaknya akan mengadakan satu sesi libat urus bersama rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald's pada minggu hadapan bagi pelaksanaan Program Menu Rahmah.
"Kami juga akan buat libat urus dengan Persatuan Kedai Makanan Kaum Cina yang turut berminat dan bersedia untuk sertai program ini, jadi kami harap dengan libat urus yang dilakukan, program ini dapat terus diperluas," katanya.
Terdahulu Ahli Parlimen Pulai itu memuji Samballana Bistro yang menyahut inisiatif dengan menyediakan set Chicken Chop dan minuman mangga pudina berharga RM5.
"Ini akan membolehkan golongan berpendapatan rendah sekitar Bandar Dato Onn dan Johor Bahru mendapatkan hidangan Menu Rahmah di kawasan itu.
"Semalam saya terharu apabila seorang ibu di Ipoh, Perak, sanggup meredah hujan dengan menaiki motosikal membawa anaknya bagi mencari hidangan Menu Rahmah.
"Ia sesungguhnya memberi motivasi kepada saya untuk berusaha lebih gigih bagi memastikan program Menu Rahmah dilancarkan di lebih banyak lokasi bagi memberi kemudahan kepada golongan memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub (tiga, kanan) bersama pemilik Samballana Bistro menunjukkan Menu Rahmah berharga RM5 beserta air yang dijual di Samballana Bistro Bandar Dato' Onn hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri - Salahuddin Ayub
Program Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dijangka akan dilaksanakan selepas Aidilfitri.