Program OSC Bandar Tun Razak mudahkan akses kepada pelbagai bantuan

Dr Wan Azizah menyantuni penerima-penerima kerusi roda Sejahteri MADANI pada Program One Stop Centre (OSC) Kesejahteraan Sosial dan Hari Bersama Komuniti di Seri Sabah hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Program Pusat Sehenti (OSC) Kesejahteraan Sosial menggabungkan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu platform yang dianjurkan di Bandar Tun Razak di sini hari ini meneima sambutan daripada penduduk setempat.
Ringkasan AI
- Program Pusat Sehenti (OSC) Kesejahteraan Sosial di Bandar Tun Razak mendapat sambutan baik penduduk tempatan; menyediakan akses mudah kepada bantuan dan maklumat tanpa proses yang rumit.
- Melalui sinergi 15 agensi awam dan swasta, program ini memperkenalkan kemudahan perkhidmatan yang berkesan termasuk Jualan Rahmah untuk barangan keperluan dengan harga murah.
- Wan Azizah menyatakan bahawa program ini, bersama NADI, turut memperkasa masyarakat dengan lebih 1.8 juta ahli berdaftar dan mencatatkan hampir 937,000 penyertaan dalam aktiviti dan latihan, membuktikan NADI sebagai medium capaian Internet yang memberi manfaat kepada komuniti.
Sebanyak 15 agensi awam dan swasta terlibat, antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Tenaga Nasional Berhad.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Prof Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Nor Sam Alwi dan Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM Nik Shafiruddin Nik Shahar Shah.
Selain kemudahan perkhidmatan di reruai pelbagai agensi, orang ramai turut berpeluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah menerusi Jualan Rahmah yang turut dianjurkan.
Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata sebagai antara rakan strategik pelaksana program itu, MCMC menerusi NADI turut menyokong pemerkasaan komuniti melalui pelaksanaan pelbagai program, termasuk program HBK NADI yang diadakan kali ini.
"Saya difahamkan lebih 1.8 juta ahli NADI telah berdaftar dan hampir 937,000 penyertaan direkodkan dalam pelbagai aktiviti dan latihan seluruh negara. Pencapaian ini membuktikan NADI bukan sahaja medium capaian Internet, tetapi pusat pembelajaran, jaringan sosial dan pemerkasaan komuniti," katanya.
Beliau berkata NADI Pulau Banggi, Sabah yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila memenangi anugerah Hadiah Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat 2025 di Geneva bagi kategori Pembinaan Kapasiti, membuktikan keberkesanan model pelaksanaan NADI dalam memperkasakan masyarakat pada peringkat akar umbi.
Program itu, turut menyaksikan penyerahan sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) kepada Kebun Komuniti Perumahan Awam Seri Sabah 3A dan Kebun Komuniti Persatuan Penduduk Sri Johor 4A yang juga penerima insentif Sejati MADANI, dan antara komuniti terawal menerima pensijilan myGAP di Wilayah Persekutuan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


