PELABUHAN KLANG: Program pemberian vaksin COVID-19 bagi sektor pembinaan akan dimulakan pada 1 Julai ini dengan penyelarasan bersama Kementerian Kerja Raya.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin bagi sektor itu akan difokuskan kepada tapak pembinaan dan projek perlu yang masih beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita memberi tumpuan kepada semua sektor ekonomi penting yang kini dibuka dan beroperasi," katanya dalam sidang media program pertama pemberian vaksin sektor pengangkutan dikendalikan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bermula hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pihaknya juga akan memperluas program pemberian vaksin kepada sektor perladangan yang masih dalam peringkat perbincangan.
"Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sudah mula perbincangan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebab ladang-ladang juga masih beroperasi.
"(Ini dalam usaha) untuk kita membawa pusat pemberian vaksin (PPV) industri ini ke ladang-ladang ataupun estet untuk pekerja-pekerja," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata sehingga semalam negara telah mencapai 15.1 peratus mereka yang disuntik dos pertama dan 5.8 peratus telah lengkap suntikan dua dos.
"Jadi kita semakin menghampiri nilai ambang 10 peratus yang diperlukan untuk kita membuat peralihan kepada fasa dua (sekatan pergerakan penuh) sama dengan nilai ambang jangkitan dan juga nilai ambang kemudahan unit rawatan rapi hospital," katanya.
Terdahulu, Khairy berkata pemberian vaksin sektor pengangkutan yang bermula hari ini akan membabitkan tiga mod industri itu meliputi maritim, udara dan darat yang beroperasi sepanjang PKP.
Beliau berkata menerusi pemberian di PPV pertama sektor pengangkutan maritim di Dewan Kelab Sukan Lembaga Pelabuhan Klang itu, seramai 10,000 orang pelaut dan petugas pelabuhan dijangka menerima suntikan bagi fasa pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 25 2021
Program pemberian vaksin COVID-19 bagi sektor pembinaan akan dimulakan pada 1 Julai ini dengan penyelarasan bersama Kementerian Kerja Raya.- Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang
Penerokaan platform ekonomi digital atau e-dagang menjadi batu loncatan untuk membolehkan industri fesyen dapat bertahan serta berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.
547 individu ingkar SOP ditahan dalam tempoh 24 jam - Ismail Sabri
Seramai 547 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosuder operasi standard (SOP) dalam tempoh 24 jam.
Kibar bendera atau tidak, bantuan tetap diberi - Shariffa Sabrina
Tanda pagar bendera putih berkibaran di alam maya dan di dunia realiti, kibarannya membawa makna adanya kepayahan dan keperitan yang tersembunyi.
COVID-19: R-naught negara meningkat 1.07, Pahang tertinggi dengan 1.24
Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan sepanjang sekatan pergerakan penuh ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Sabtu.
COVID-19: R-naught negara pada paras 1.07, meningkat tujuh hari berturut-turut
Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan ketika total lockdown ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Jumaat.
Tiada strategi keluar punca 'lockdown' berulang, terus berulang - Pakar
Ada negara yang melaksanakan 'lockdown' tanpa tindakan susulan yang wajar, iaitu tidak meningkatkan jumlah saringan.
Total lockdown boleh jejaskan kesihatan mental - Pakar psikologi
Ketua keluarga perlu bijak mengawal emosi supaya dapat berfikir dengan rasional sekali gus membantu mereka mengurus keluarga dengan lebih baik dalam tempoh sukar sekarang.
Melaka benarkan 250 jemaah solat Jumaat di 7 masjid
Melaka membenarkan 250 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 100 orang di 188 masjid kariah dan institusi seluruh negeri, mulai esok.
Pakej PEMULIH dirancang rapi, menyeluruh - Pakar ekonomi
Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat dirancang rapi dan menyeluruh bagi memastikan tiada pihak yang tersisih dalam mendepani krisis COVID-19
COVID-19: Hospital Medan Labuan terima kumpulan pesakit pertama
Pesakit terbabit adalah dari pelbagai kluster aktif termasuk beberapa banduan dari Kluster Tembok Labuan di Pusat Koreksional Labuan.