Golongan graduan dan yang masih mencari pekerjaan, khususnya yang berada di Sabah berpeluang mendapatkan peluang pekerjaan menerusi Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017.
Ia akan diadakan di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah pada 22 dan 23 Julai akan datang.
Ketua Sekretarian SL1M, Norashikin Ismail berkata antara syarikat yang akan membuka gerai temuduga di Sabah termasuk Astro Sabah, Malaysia Airlines Berhad, CIMB, Petronas, Telekom, Celcom Axiata, Tabung Haji Plantations dan Tenaga Nasional Berhad.
"Program ini adalah kali kelima kami adakan di zon negeri Sabah termasuk Labuan. Kita ada lebih daripada 5 ribu jawatan kosong.
"Kita bukan sahaja mengadakan temuduga terbuka, tetapi boleh memberi surat tawaran serta merta.
"Kita juga buka peluang kepada usahawan muda untuk membuka gerai secara percuma untuk berniaga, dan kita akan mengadakan cabutan bertuah kepada orang ramai," kata Norashikin dalam satu sidang media di sini pada Isnin.
Antara aktiviti menarik pada program selama dua hari itu adalah penampilan istimewa bersama selebriti Faizal Tahir, Kumpulan Zera Maharaja Lawak Mega, Jimmy Palikat, Firman dan Farish Aziz.
Penglibatan selebriti ini adalah untuk memberi motivasi dan berkongsi mengalaman supaya dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk gigih berusaha dan menjadikan diri lebih baik.
Sejak SL1M dilancarkan pada tahun 2011, lebih 120 ribu orang sudah berjaya mendapat pekerjaan tetap selepas menyertai program.
Beliau turut meminta syarikat lain untuk menyertai dan membuka gerai temuduga dalam program SL1M supaya dapat terus membantu graduan tempatan sekaligus memperbaiki taraf ekonomi.
Dania Zainuddin
Mon Jul 10 2017
Antara aktiviti menarik pada program selama dua hari itu adalah penampilan istimewa bersama selebriti Faizal Tahir, Kumpulan Zera Maharaja Lawak Mega, Jimmy Palikat, Firman dan Farish Aziz. - Foto Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Anak muda jangan takut ceburi bidang keusahawanan
Anak muda perlu diberi keyakinan untuk cebur bidang perniagaan terutamanya dalam situasi persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan.
Protege beri tumpuan bidang keusahawanan
Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protege) melihat bidang keusahawanan sebagai kelebihan kepada graduan yang mencari peluang pekerjaan.
Pelaksanaan elaun baharu SL1M RM2,000 berkuat kuasa hari ini
Kenaikan elaun ini tidak akan menjejaskan kos operasi syarikat yang terlibat.
SL1M anjur temu duga terbuka paling besar!
Lebih 15,000 peluang pekerjaan dan latihan ditawarkan dengan syarat kelulusan minima serendah darjah enam!
Program temuduga terbuka beri peluang pencari kerja jumpa bakal majikan
Tidak dinafikan memang susah bagi mereka yang baru ingin memasuki alam pekerjaan untuk mendapat ruang sesuai bagi membina kerjaya.
Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia
Keunikan kerjasama kerajaan dan syarikat swasta yang diamalkan dalam Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kini menjadi rujukan dunia.
Program Temuduga Terbuka SL1M kembali di Sabah
Ia akan diadakan di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah pada 22 dan 23 Julai akan datang.