KUALA LUMPUR: Program vaksinasi 'walk-in' di Lembah Klang akan dihentikan selepas 15 September ini.
Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penduduk di Lembah Klang yang belum divaksinasi boleh mendapatkan suntikan di klinik kesihatan tertentu bermula 16 September.
"Saya ingin mengumumkan bahawa program vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang akan dihentikan terus selepas 15 September ini," katanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kadar penduduk di Lembah Klang yang masih belum divaksinasi adalah amat kecil dengan kadar kehadiran rendah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Ini bermakna mulai 16 September, mereka yang belum diimunisasi, boleh dapat suntikan dos pertama di klinik kesihatan tertentu dengan senarai itu akan diumumkan kelak," tambahnya.
Jelasnya, proses vaksinasi secara ‘walk-in’ di negeri-negeri lain masih diteruskan dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat menerusi Jabatan Kesihatan negeri masing-masing.
Menurutnya, jumlah peratusan populasi dewasa yang lengkap imunisasi di Malaysia ketika ini adalah hampir 70 peratus iaitu melepasi sasaran 60 peratus yang ditetapkan.
Ia sekali gus, kata Dr Adham, membuktikan usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 80 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksinasi bagi setiap negeri sebenarnya mampu dicapai dalam masa singkat.
Astro Awani
Wed Sep 08 2021
Program vaksinasi 'walk-in' di Lembah Klang akan dihentikan selepas 15 September ini, umum Dr Adham Baba. -Gambar fail
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.
COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.
Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.
Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.
JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.
Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy
Khairy mengingatkan bahawa masih terdapat SOP yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan COVID-19 stabil di negara ini.
Operasi PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup
Penutupan PPV 'offsite' secara berperingkat pula akan dibuat mulai Mac 2022 apabila kadar pemberian dos penggalak bagi penduduk dewasa mencapai 64 peratus.
PICKids: 54,000 dos vaksin Pfizer tiba di Kuching
Sebanyak 54,000 dos vaksin Pfizer bagi PICKids Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada Khamis.
Kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat - Dr Rohaizat
Program vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun ini bagi mengelak kanak-kanak tersebut mendapat kesan lebih serius akibat COVID-19 jika tidak divaksin.
PICKids usaha lindungi kanak-kanak
Dianggarkan seramai 4 juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin Comirnaty (Pfizer-BioNTech) melalui program PICKids.