KUALA TERENGGANU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan (LTI).
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam satu kenyataan semalam berkata pencapaian itu direkodkan pada hujung Februari lepas, berasaskan pelaksanaan bekerja secara selamat 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu serta kerjasama yang efektif di setiap peringkat projek.
Sehingga kini, projek ECRL dianggarkan mempunyai 17,000 tenaga kerja yang merangkumi kakitangan daripada pemilik projek, kontraktor dan sub-kontraktor.
Pengumuman itu dibuat sempena dengan perasmian Kempen Keselamatan dan Kesihatan ECRL 2023 di projek casting yard Seksyen 4 di Dungun, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata pelancaran kempen itu bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan, mengenal pasti potensi bahaya dan meningkatkan keyakinan pekerja.
Selain itu, katanya, kempen tersebut juga sejajar dengan pembinaan pesat dan peningkatan bilangan sehingga 350 tapak kerja utama sepanjang 665 kilometer jajaran ECRL pada masa ini.
Darwis berkata projek ECRL telah melancarkan kempen keselamatan yang pertama pada Mac 2021 dan giat menjalankan penambahbaikan progresif terhadap sistem pengurusan keselamatan, antaranya latihan kepada lebih 1,000 kakitangan melalui simulasi dan latihan ketangkasan reaktif.
Menurutnya, latihan berkenaan dilaksanakan di Pusat Latihan Keselamatan di Kemaman, Maran dan Bentong yang telah diluluskan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Pusat tersebut dilengkapi teknologi realiti maya (VR) yang membolehkan simulasi dengan hampir 100 situasi berpotensi berbahaya di tapak pembinaan serta dapat menawarkan pengalaman seperti pemindahan dari terowong, kejutan elektrik, ujian asas topi keledar keselamatan dan penolakan penahan dinding.
Sementara itu Pengarah Urusan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) Kong Qi, yang merupakan kontraktor utama projek tersebut berkata, dengan adanya simulasi VR yang realistik, mereka kini dapat merasai situasi berbahaya tanpa berhadapan dengan kecederaan serta mendapat manfaat daripada pembelajaran yang menarik dan lebih interaktif.
"Pendekatan ini terbukti berkesan dengan pencapaian matlamat sifar LTI. Bagi pihak CCC-ECRL, kami ingin merakamkan penghargaan kepada MRL atas kepercayaan dan sokongan mereka.
"Kempen Keselamatan dan Kesihatan ECRL adalah komitmen berterusan kami dalam mengekalkan amalan tersebut untuk jangka masa panjang," katanya dalam kenyataan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Kerja-kerja pembinaan Projek ECRL merentasi Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedang giat dijalankan ketika tinjauan di Kota Bharu, 26 Jan 2023. - Gambar fail BERNAMA

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

Anwar dijadual mula lawatan rasmi ke China dengan menghadiri BFA 2023 di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan tiba di sini esok bagi menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) dan memulakan lawatan rasmi empat hari ke China.

Projek ECRL di 4 negeri capai 40.81 peratus siap - MRL
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencapai kemajuan 40.81 peratus setakat ini.

Projek ECRL capai kejayaan rekod 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan
Ia berasaskan pelaksanaan bekerja secara selamat 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu serta kerjasama yang efektif di setiap peringkat.

Hubungan China-Malaysia sentiasa kekalkan momentum positif
Tang Rui berkata selama 49 tahun selepas mewujudkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara, China dan Malaysia sentiasa mengekalkan momentum positif.

Penduduk Taman Sungai Sireh bantah projek ECRL - Sukri Omar
Sukri mendakwa, sebelum ini penduduk telah menghantar surat bantahan rasmi kepada pihak berkenaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Selangor akan bela nasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL - MB
Kerajaan Selangor akan memastikan nasib 89 keluarga yang dijangka terbabit dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terbela.

ECRL: Pembersihan hutan tidak babit kawasan simpanan hutan dinyah warta - MRL
Pembukaan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor tidak melibatkan sebarang kawasan simpanan hutan yang dinyah warta.

Pembukaan tanah di Taman Negeri Selangor untuk pelaksanaan projek ECRL - Exco
JPNS telah mengeluarkan kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaan projek itu di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai 2022.

Ceroboh hutan di kawasan ECRL, projek telah diarah dihentikan
Kegiatan terbabit dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, telah pun ditangani Disember lalu.
![[LAPORAN KHAS] MRL pikul tanggungjawab penuh, pampasan menanti mangsa terjejas [LAPORAN KHAS] MRL pikul tanggungjawab penuh, pampasan menanti mangsa terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673685079_riverstoneecrl.jpg)
[LAPORAN KHAS] MRL pikul tanggungjawab penuh, pampasan menanti mangsa terjejas
Malaysia Rail Link (MRL) sedia pikul tanggungjawab dan membayar ganti rugi terhadap mangsa terjejas di tapak projek pembinaan ECRL di Ulu Yam.