GEORGE TOWN: Projek pembinaan projek Gurney Wharf yang merupakan taman dalam bandar di pesisir pantai buatan terbesar di Pulau Pinang bernilai RM200 juta di sini dijangka siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2025.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata projek yang melibatkan keluasan kira-kira 20 hektar yang telah ditambak di Persiaran Gurney itu akan menjadi antara tarikan terbaharu di Pulau Pinang sekali gus meningkatkan nilai tambah yang berkualiti dan memberi kesan limpahan ekonomi.
"Inisiatif pembangunan Gurney Wharf telah dimulakan sejak tahun 2016, bermula dengan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk penduduk Pulau Pinang bagi mendapatkan pandangan, input dan maklum balas daripada segi keperluan serta komponen kawasan rekreasi yang diperlukan komuniti di negeri ini.
"Projek itu akan menampilkan kawasan persiaran dengan pemandangan laut yang indah, taman rekreasi, pusat penjaja, parkir dan kemudahan-kemudahan lain untuk seisi keluarga meluangkan masa berharga dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Gurney Wharf, di sini hari ini.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman serta Timbalan Ketua Menteri II P.Ramasamy.
Chow berkata, pembangunan projek melibatkan dua fasa itu tertangguh akibat pandemik COVID-19 dengan fasa satu akan siap dalam tempoh 24 bulan selepas projek bermula dengan kerja pembinaan kedua-dua fasa akan dijalankan serentak selepas majlis pecah tanah.
Katanya kedua-dua fasa projek itu akan menawarkan kawasan permainan kanak-kanak, gelanggang papan selaju, dek pemerhatian, tandas awam, persiaran untuk pejalan kaki, kiosk penjaja, kawasan runcit, surau, kawasan landskap, taman rekreasi dan tempat letak kereta bertingkat.
"Kerajaan negeri juga mengambil maklum akan perkara-perkara berbangkit, namun saya pasti pihak-pihak berkepentingan dalam projek itu peka dengan situasi yang berlaku termasuk memastikan perlindungan terhadap alam sekitar dan kawasan laut(marin) menjadi aspek itana yang diberi penekanan semasa peringkat perancangan awal projek lagi," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri juga telah memutuskan supaya pelaksanaan projek Gurney Wharf dijalankan secara tender terbuka dan pihaknya telah bersetuju untuk melantik TETO Engineering Sdn Bhd sebagai kontraktor utama bagi itu manakala bagi pelantikan sub kontraktor lain ianya akan diumumkan dari semasa ke semasa.
"Dengan lantikan perunding dan kontraktor yang berkelayakan, kerajaan negeri berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, malah kami juga mengarahkan untuk aliran trafik di kawasan berkenaan dirancang dengan teliti bagi memastikan keselamatan semua orang termasuk pejalan kaki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Projek seluas kira-kira 20 hektar yang telah ditambak di Persiaran Gurney itu akan menjadi antara tarikan terbaharu di Pulau Pinang. - YouTube @SCM Southern Corridor Malaysia

PAC gesa audit khas perbelanjaan kerajaan semasa wabak COVID-19
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.
![AWANI Borneo [27/05/2022] - Permudahkan urusan projek | Elaun RM50 sejak 42 tahun lalu | Pelancaran GRS AWANI Borneo [27/05/2022] - Permudahkan urusan projek | Elaun RM50 sejak 42 tahun lalu | Pelancaran GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968935/thumbnails/23621876161653651589923_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [27/05/2022] - Permudahkan urusan projek | Elaun RM50 sejak 42 tahun lalu | Pelancaran GRS
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri; 1. Jangan biarkan karenah birokrasi sabotaj pembangunan Sabah kata Datuk Seri Bung Moktar Radin 2. Cadangan menaikkan elaun ADUN Sarawak wajar dipertimbangkan 3. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berharap jalinan kerjasama antara GRS dan BN bertambah baik #AWANInews #MalaysiaBangkit

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan mengukuh sebanyak 175 mata asas kepada 4.3775/3800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3950/3990 pada Khamis.

Pelancaran GRS | Yakub harap kerjasama GRS-BN bertambah baik
Yakub yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah mengalu-alukan pelancaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti rasmi esok. Sambil menyatakan akan hadir pada majlis itu, Yakub berharap jalinan kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional (BN) akan bertambah baik demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Buka Sempadan | Kadar pengangguran berkurangan
Tempoh peralihan ke fasa endemik dilihat membantu merancakkan semula aktiviti ekonomi sekali gus mengurangkan jumlah pengangguran di Sabah. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, hal itu disokong oleh beberapa inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri bagi memacu peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pelancongan | Matunggong mampu jadi destinasi pilihan
Pembabitan lebih ramai penduduk setempat selaku pengusaha pelancongan mampu mengangkat daerah Kudat dan Matunggong sebagai destinasi pelancongan luar bandar menarik di Sabah. Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata dua daerah itu mempunyai banyak kawasan unik untuk dijadikan daya tarikan industri pelancongan baharu di Sabah.

Jana Pendapatan | Sabah perkukuh pelancongan dengan Korea Selatan
Pembukaan sempadan memberi kesan langsung kepada negara sekali gus menjana pendapatan negeri. Menyambut ketibaan 185 pelancong Korea Selatan dengan pesawat Jin Air dari Incheon, Seoul di KKIA, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yakin ini adalah petanda baik kepada sektor pelancongan tempatan.

Gempa bumi landa Timor Timur, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa berlaku pada kedalaman 51.4 kilometer dari hujung timur Pulau Timor yang terbelah antara Timor Timur dan Indonesia.

Jelajah FtRoadPedia | Tinjau keadaan sebenar jalan di Sabah
Dalam Program Jelajah FtRoadPedia Sabah, Fadillah bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya akan menempuh sendiri perjalanan sejauh 333 kilometer dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Pada hari pertama, tinjauan lokasi adalah di pakej kerja menaik taraf Jalan Kinabatangan ke Batu 32.

Pan Borneo Sabah | Peruntukan RM12.7 bilion diluluskan, belum muktamad
Peruntukan 19 pakej Lebuhraya Pan Borneo fasa pertama di Sabah bernilai RM12.7 bilion telah diluluskan kerajaan. Bagaimanapun kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof jumlah itu adalah anggaran awal yang diberikan tetapi masih belum dimuktamadkan kerana mengambil kira kaedah perolehan.

Projek Gurney Wharf bernilai RM200 juta siap 2025
Projek seluas kira-kira 20 hektar yang telah ditambak di Persiaran Gurney itu akan menjadi antara tarikan terbaharu di Pulau Pinang.