awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Jiwa Murni ATM: Berkhidmat kepada yang terpinggir - Hishammuddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/04/2016
12:42 MYT
Projek Jiwa Murni ATM: Berkhidmat kepada yang terpinggir - Hishammuddin
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (enam kanan) menyimenkan papan tanda ketika merasmikan Jalan Ba'kekalan-Bario fasa 1 dan 2 sepanjang 13 kilometer yang dibina oleh Kor Jurutera Diraja hari ini. - Foto BERNAMA
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan Projek Jiwa Murni dalam usaha memberi perkhidmatan kepada mereka yang terpinggir.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan memastikan penduduk di pedalaman diberi perkhidmatan dan kemudahan yang sewajarnya seperti yang dijanjikan kerajaan sebelum ini.
Jelas Hishammuddin, ATM mempunyai tenaga kerja dan kepakaran bagi meneruskan kelangsungan agenda pembangunan luar bandar oleh kerajaan terutama di Sarawak.
"Ini bukan suatu perkara yang baru, ia di luar daripada pemikiran kita. Memberi khidmat kepada mereka yang terpinggir memerlukan pemikiran di luar konvensional dan tentera kita (ATM) sanggup melakukannya dan itu merupakan kredit kepada mereka.
"Tidak banyak tentera di luar sana sanggup memikir di luar kotak dan niatnya adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat (terutama) kepada mereka yang sebelum ini menunggu-nunggu. Kita telah buktikan bahawa ia adalah agenda kita yang berterusan," katanya selepas merasmikan Projek Jiwa Murni ATM, Pembinaan Jalan 21KM dari Ba'kelalan ke Bario.
Menurutnya, menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), ATM melihat pentingnya menjalinkan kerjasama rapat dengan masyarakat terutama kepada mereka yang mula kecewa dengan janji-janji kerajaan.
"...kerana kita nak memastikan bahawa mereka yang sebelum ini kecewa dan putus asa dan tidak mahu dengar lagi janji-janji kosong, hari ini mereka tengok bahawa apa yang kita lakukan ini telah menjadi satu kenyataan.
"Apa yang saya bangga ialah kita buat (Projek Jiwa Murni) dalam kaedah yang bukan konvensional. Kor Jurutera (Rejimen Askar Jurutera DiRaja) kita yang sebenarnya teras urusannya adalah tentera, tidak pernah kita buat jalan. Tetapi kerana kita sanggup memikir di luar kotak dan secara inklusif kita gunakan kaedah NBOS di mana kerjasama rapat dengan pihak-pihak yang berkepentingan," katanya.
Justeru, beliau berharap agar rakyat terus memberi kepercayaan kepada kerajaan dalam meneruskan kelangsungan agenda pembangunan luar bandar.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Hishammuddin Hussein
#Projek Jiwa Murni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan