awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek kereta nasional ketiga jana peluang pekerjaan, galak pembangunan vendor - Darell

Bernama
Bernama
09/11/2018
02:19 MYT
Projek kereta nasional ketiga jana peluang pekerjaan, galak pembangunan vendor - Darell
DARELL: Projek kereta nasional ketiga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
Projek kereta nasional ketiga boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan pembangunan vendor dalam bahagian dan komponen automotif, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.
Beliau berkata projek kereta nasional ketiga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
"Ia dapat menjana pekerjaan baharu, pembangunan vendor dalam bahagian dan komponen automotif termasuk bateri kenderaan elektrik, dan merangsang pengumpulan dan pemprosesan data, yang berguna untuk industri lain yang berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata agensi kerajaan, seperti pusat penyelidikan dan pembangunan negara, MIMOS Bhd dan Institut Automotif Malaysia (MAI), boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan kereta nasional ketiga.
"Bersama MAI, MIMOS boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan ini, mungkin antaranya, meningkatkan prestasi kenderaan seperti mewujudkan sistem untuk mengelak kemalangan atau bahaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Ahmad Rizan Ibrahim berkata sebagai anggota keluarga MITI, MIMOS kini melaksanakan kedudukan yang lebih strategik berhubung potensi besar yang terdapat dalam Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).
"Kita kini semakin hampir dengan industri, yang diharap akan memudahkan penyampaian terhadap nilai langsung kepada sektor strategik, syarikat pemula niaga dan usahawan.
"MIMOS boleh membantu industri meraih lebih banyak kelebihan dalam rantaian nilai, bukan sahaja melalui penggunaan teknologi Industri 4.0 tetapi juga dalam pembangunan tenaga kerja khusus, yang boleh memberi sumbangan penting kepada strategi rantaian bekalan," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Darell Leiking
#kereta nasional ketiga
#peluang pekerjaan
#pembangunan vendor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan