IPOH:Kemusnahan alam sekitar di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung dipercayai berpunca daripada tapak projek kuari granit.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia merupakan hasil siasatan awal yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak ke atas kawasan hutan simpan itu pada Isnin lepas dan semalam.
"Siasatan awal mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutama melibatkan kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa mengikut pelan Langkah-langkah Pencehan Pencemaran dan Mitigasi Tanah (LD-P2M2)," katanya menerusi ciapan di laman Twitter rasminya hari ini.
Beliau berkata JAS Perak sedang melengkapkan kertas siasatan dan memanggil pihak-pihak berkaitan bagi tindakan lanjut.
Katanya JAS Perak juga telah memasang pita kordon dan mengeluarkan arahan di lapangan serta notis arahan untuk tindakan remedi.
Pada 17 Jan lepas, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) membawa media meninjau kawasan terlibat dan mendakwa Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera, Segari di Pantai Remis, Beruas terletak di hutan simpan berkenaan yang menjadi tarikan pelancongan, kini musnah hampir 90 peratus susulan aktiviti kuari sejak tahun lepas.
Susulan itu, kerajaan negeri telah mengarahkan sebarang kerja termasuk aktiviti kuari di kawasan air terjun berkenaan dihentikan sementara bagi menunggu hasil siasatan terhadap dakwaan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021

Siasatan awal mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutama melibatkan kerja-kerja tanah di lokasi terlibat. - Gambar fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.

Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.

Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.

Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."

Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.

Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.

JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang
Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan.

Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna
Fenomena itu berlaku susulan pembuangan bahan kimia, sisa industri dan sisa kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai.