IPOH: Kerajaan Perak menjelaskan tiada sebarang aktiviti penebangan yang dijalankan di atas tanah seluas kira-kira 32,000 hektar di Hutan Simpan Kledang Saiong di daerah Kuala Kangsar setakat ini.
Sebaliknya, menurut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, cadangan bagi projek ladang hutan itu masih berada di peringkat sesi pendengaran awam sebelum melalui proses laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Katanya, kelulusan projek berkenaan bukan dibuat ketika di bawah pentadbiran beliau, sebaliknya, telah melalui beberapa fasa selepas diluluskan di peringkat Persekutuan pada 2012.
“Ini bukan perkara haram, sebaliknya ia dibuat mengikut peraturan. Walau bagaimanapun ia bukan dibuat pada zaman saya menjadi Menteri Besar, tetapi telah diluluskan sebelum ini lagi.
“Berdasarkan maklumat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dahulu pada awalnya meluluskan (permohonan) tanah seluas 100,000 hektar untuk projek ladang hutan di Perak.
“Namun ketika itu, kerajaan negeri membuat keputusan mengurangkan keluasan itu kepada 75,000 hektar dan kemudian 35,000 hektar dan akhirnya 32,000 hektar sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cinta anjuran Dewan Perhimpunan Cina di Hotel Kinta Riverfront, di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Presiden Dewan Perhimpunan Cina Perak, Datuk Kwan Foh Kwai.
Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang mendakwa, kerajaan negeri sedang merancang untuk membuat kerja-kerja penebangan hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Beliau mendakwa, projek ladang hutan itu membabitkan empat syarikat swasta yang akan menjalankan projek penanaman ladang kayu hutan.
Laporan media sebelum ini menyebut sebahagian besar keadaan Hutan Simpan Kledang Saiong yang terletak antara Kuala Kangsar dan Ipoh dijangka berubah 'wajah' apabila rancangan ladang kayu hutan itu bermula dijangka tahun ini.
Dalam pada itu, Saarani berkata, walaupun ia telah diluluskan kerajaan negeri namun pelaksanaan projek berkenaan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut Menteri Besar, syarikat yang diberikan kelulusan tidak menjalankan projek tersebut secara sewenang-wenangnya, sebaliknya, segala perancangan dan perjalanannya sentiasa dipantau JAS dan Jabatan Perhutanan Negeri.
“(Sekiranya ia diluluskan EIA) tidak boleh ditebang pokok-pokok di situ secara meluas sekali gus kerana dikhuatiri akan mengakibatkan banjir.
“Sebaliknya, ia dijalankan secara berperingkat yang mana kerja-kerja penebangan itu kelak akan dijalankan mengikut petak dengan keluasan tertentu.
“Maknanya, pokok-pokok dalam satu petak itu akan ditebang sehingga selesai. Dan selepas penebangan di petak seterusnya, kerja-kerja penamaan pokok semula akan dilaksanakan pada petak pertama tadi,” jelasnya.
Difahamkan Zon Pembangunan Ladang Hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong itu memenuhi kriteria yang digariskan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung yang dikeluarkan pada tahun 2010.
Amirrul Rabbani
Wed Jan 25 2023

Datuk Seri Saarani Mohamad menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cinta anjuran Dewan Perhimpunan Cina di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, pada Rabu. - Gambar Astro AWANI

IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, Sri Lanka juga perlu melakukan pelbagai pembaharuan.

Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.

Cadangan cagar wang caruman KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perdana Menteri ditanya mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014914/32899350691679358950603_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzudin Antara fokus AWANI Pagi: - Pecah monopoli Touch ‘n Go, wujud persaingan sihat. - Jemaah B40 dan M40 layak terima bantuan. - Kerajaan akan pinda RUU umur p-hailing kepada 18 tahun.

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

Landasan tepat capai sasaran 80 peratus tahun ini
Ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 54.7 peratus populasi di dalam kawasan berpenduduk.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

Isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary bakal dijawab PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjawab beberapa persoalan diutarakan oleh Ahli Parlimen dalam sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) antaranya berhubung isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary (jika ada).

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Kompleks Air Panas Gadek dinaik taraf guna konsep spa resort
Naik taraf itu merangkumi 20 bilik hotel, lapan chalet, satu spa keluarga, dua kolam air panas rendaman kaki serta fasiliti lain seperti surau, tandas dan bilik persalinan.

"Projek ladang hutan bukan perkara haram, ikut peraturan" - MB Perak
Saarani jawab dakwaan Pengerusi PSM yang kerajaan negeri Perak sedang merancang menebang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong.

Ahmad Yakob dakwa tak pernah lulus projek pembalakan baru
Katanya sepanjang tempoh lima tahun beliau menerajui kerajaan, tiada kelulusan diberi untuk pengecaman dalam hutan simpan.