ALOR SETAR:Projek ladang durian di Gunung Inas, Baling sudah diarah dihentikan pada Julai tahun lepas, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata, justeru pihaknya telah meminta laporan penuh keadaan semasa di kawasan itu, daripada semua agensi terlibat, bagi menyiasat dakwaan bahawa wujud ladang durian terbesar di kawasan berkenaan seperti yang tular dalam video, sejak semalam.
"Pada Julai tahun lalu (2020), sebulan selepas mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH), sempena Mesyuarat Exco Kerajaan negeri yang diadakan di Baling, saya mengarahkan projek tanaman durian yang didakwa menyebabkan banjir itu dihentikan.
"Dasar kami jelas, peraturan mesti dipatuhi, pelanggaran undang-undang tidak boleh dikompromi dan kepentingan rakyat mesti didahulukan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Dalam video yang tular itu, seorang lelaki mendakwa sekurang-kurangnya 12,140 hektar tanah bukit di Gunung Inas sedang dibangunkan sebagai ladang durian, yang kononnya terbesar di dunia.
Menurut Muhammad Sanusi, projek ladang hutan mesti ditanam spesies yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan dan durian tidak termasuk spesies itu.
"Walau bagaimanapun, Jabatan Perhutanan membenarkan 20 peratus keluasan yang diluluskan, ditanam dengan spesies buah-buahan dan pada masa itu (Julai 2020), dilaporkan 2,000 ekar sudah pun ditanam durian Musang King.
"Arahan kerajaan jelas iaitu hentikan tanaman durian Musang King, kembali kepada tanaman yang dibenarkan untuk ladang hutan ganti di tanah yang diluluskan," katanya.
Beliau berkata tanah yang sudah digondol juga diarahkan supaya ditanam tanaman tutup bumi dengan segera untuk mengelak hakisan.
Berhubung video yang tular itu, Muhammad Sanusi berkata pihaknya difahamkan bahawa ia adalah rakaman lama, iaitu sebelum arahan berhenti kerja dibuat.
"Saya tidak kenal mereka dan saya tidak tahu tujuan sebenar ia ditularkan semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021
Kerajaan negeri menyiasat dakwaan bahawa wujud ladang durian terbesar di kawasan berkenaan seperti yang tular dalam video, sejak semalam. - Gambar/ Media sosial
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rugi RM2.6 juta diperdaya pembelian Musang King sejuk beku
Mangsa dijanjikan akan menerima durian Musang King sejuk beku dalam tempoh sebulan selepas pembayaran dilakukan.
Kebun durian tarikan baharu Taman Pertanian Sabah
Durian yang ditanam di Taman Pertaniah Sabah jenis premium antaranya Musang King, Black Thorn, Musang Queen 168, Asfa50, Mdur88 dan Udang Merah.
Musang King Raub termahal di dunia
Sebiji durian Musang King Raub dibida pada harga RM185,000!
Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar
Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.
Populariti Musang King bantu promosi makanan, budaya Malaysia di China
Populariti durian Musang King diharap mampu menjadi batu loncatan dalam mempromosikan pelbagai makanan serta budaya Malaysia yang lain kepada masyarakat di China.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Pekebun Musang King perlu pertimbang permohonan semakan kehakiman semula - MB Pahang
Nasihat tersebut diberikan memandangkan Kerajaan Perpaduan kini terdiri daripada komponen BN dan PH.
Banjir Baling: Ladang durian Musang King bukan puncanya - MB Kedah
Projek penanaman Musang King di Gunung Inas tidak menjadi punca kepada berlakunya tragedi banjir dan kepala air sekitar Kupang, Baling, 4 Julai lalu.
Projek durian Musang King di HSK Rimba Teloi bermungkinan tidak hadirkan risiko - Sanusi
Projek tanaman durian jenis Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik berkemungkinan tidak menghadirkan risiko yang membawa kepada kejadian banjir dan kepala air.
Banjir Baling: "Saya tidak ada sebarang kepentingan dengan tanaman Musang King" - MB Kedah
Muhammad Sanusi jawab dakwaan memiliki kepentingan dalam projek tanaman durian Musang King di kawasan tragedi banjir di Baling.