awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek LCS: Kerugian bakal ditanggung LTAT perlu dijelaskan - Anwar

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
22/04/2022
15:10 MYT
Projek LCS: Kerugian bakal ditanggung LTAT perlu dijelaskan - Anwar
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu menjelaskan tentang berapa kerugian yang akan ditanggung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akibat keputusan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah mengenai kos sebenar projek perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) yang bakal diteruskan kelak.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu menjelaskan tentang berapa kerugian yang akan ditanggung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akibat keputusan tersebut.
"Saya ambil maklum keputusan kerajaan yang bersetuju projek perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) diteruskan.
"Namun, menurut rekod soalan-soalan di Parlimen yang diajukan saya sebelum ini kepada Kementerian Pertahanan masih belum menjawab secara terperinci terutamanya tentang kos sebenar pemerolehan LCS.
"Menteri jangan ambil mudah hal ini kerana bukan hanya kerana ia melibatkan sejumlah dana yang besar, tapi atas dasar ketelusan ia mesti dijawab.
"Saya juga tuntut Menteri menjelaskan tentang berapa kerugian yang ditanggung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akibat keputusan ini," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.
BACA: Kerajaan buat keputusan terus projek perolehan LCS - Hishammuddin
Pada Rabu lalu, kabinet bersetuju untuk meneruskan projek perolehan LCS yang sebelum ini berdepan kelewatan berpunca daripada pihak pengeluaran produk tulen (OEM) memberhentikan kerja susulan masalah kewangan.
Keputusan kerajaan itu setelah mengambil kira dua faktor utama, pertama, LCS sememangnya aset yang amat diperlukan TLDM, seiring perancangan pemodenan TLDM serta untuk meningkatkan kesiapsiagaan pasukan armada negara serta menambah baik usaha memelihara kepentingan maritim negara.
Kedua, terdapat 400 vendor yang terlibat dalam projek ini dengan implikasi kewangan lebih RM4 bilion merangkumi pelbagai perkara antaranya lebih 100 daripadanya adalah syarikat milik rakyat Malaysia, 90 peratus daripadanya berhubung kait dengan veteran.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pembangkang
#Projek LCS
#Kementerian Pertahanan
#Kapal Tempur Pesisir Pantai
#LTAT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan