MADINAH: Universiti Islam Madinah mengumumkan pembukaan permohonan untuk program akademiknya menerusi platform “Study in Saudi Arabia”, mengalu-alukan pelajar dari seluruh dunia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Permohonan tersedia untuk kedua-dua biasiswa dalaman dan luaran pada peringkat sarjana muda dan pascasiswazah.
Advertisement
Universiti berkenaan memaklumkan permohonan akan diterima dari 19 April hingga 21 Mei melalui platform dalam talian itu, yang menyediakan maklumat terperinci mengenai syarat kemasukan, program yang ada dan prosedur permohonan.
Inisiatif ini mencerminkan usaha universiti dalam menarik pelajar antarabangsa dan meningkatkan pertukaran akademik, menyokong misi pendidikannya dan sejajar dengan objektif Wawasan Saudi 2030 untuk membangunkan pendidikan.
-- BERNAMA-SPA