awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayaran balik cukai 2025 catat bayaran tambahan RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion diumum sebelum ini
Rampas aset Rusia adalah "tindakan perang" - PM Belgium
Tentera Somalia bunuh lebih 130 pengganas al-Shabaab
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek LRA Langat 2: Selangor tidak dilibatkan secara langsung

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2021
02:06 MYT
Projek LRA Langat 2: Selangor tidak dilibatkan secara langsung
Izham berkata, kerajaan Selangor hanya terlibat dalam urusan berkaitan tapak tanah projek dan permit yang dikeluarkan oleh agensi teknikal negeri. - Foto Twitter @NajwanHalimi
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak dilibatkan secara langsung dan menyeluruh dalam pelaksanaan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, pengurusan projek berkenaan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang merupakan anak syarikat kepada Kementerian Kewangan Malaysia.
Izham berkata, kerajaan Selangor hanya terlibat dalam urusan berkaitan tapak tanah projek dan permit yang dikeluarkan oleh agensi teknikal negeri.
"Secara amnya, pengauditan oleh Jabatan Audit Negara adalah baik bagi menyedarkan semua pihak tentang pengurusan sesuatu projek terutama berskala mega.
"Kegagalan pengurusan projek boleh menyebabkan matlamat pelaksanaannya tidak dapat dicapai dengan sebaiknya," kata beliau dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Izham berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 berhubung pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan projek LRA Langat 2 yang belum mencapai objektif disasarkan.
Mengulas lanjut, Izham berkata, dalam usaha menampung kekurangan air ekoran kelewatan projek berkenaan, kerajaan Selangor telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya dengan pembinaan LRA Labohan Dagang.
"Selain itu, kerajaan negeri turut mendapatkan pinjaman daripada Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan Projek Mitigasi 2 yang melibatkan LRA Sungai Selangor Fasa 3," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#LRA Langat 2
#Kerajaan Negeri Selangor
#Pengurusan Aset Air Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan