awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari
Kurangkan gula, amalkan pemakanan sihat - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek LRT3: Lencongan sementara di Jalan SS7/25 sehingga 7 Okt

Bernama
Bernama
12/07/2024
11:50 MYT
Projek LRT3: Lencongan sementara di Jalan SS7/25 sehingga 7 Okt
Projek LRT3 dijangka menghubungkan kira-kira dua juta penduduk antara Bandar Utama dan Klang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 7 Okt ini dari 10 pagi hingga 5 petang berikutan penutupan jalan bagi memberi laluan kerja-kerja berkaitan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan SS7/26 berhampiran Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor.
Kontraktor projek, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang penutupan itu pemandu dari Jalan SS7/26 menghala ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan dilencongkan ke lorong bertentangan Jalan SS7/26 menghala ke Paradigm Mall melalui laluan kontra dan kemudian kembali ke Jalan SS7/26 (arah LDP).
"Satu lorong akan disediakan untuk pemandu dari LDP menghala Paradigm Mall. Lencongan ini dilakukan berikutan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada orang ramai," menurut kenyataan itu.
Projek LRT3 dijangka menghubungkan kira-kira dua juta penduduk antara Bandar Utama dan Klang, dan dibangunkan selari dengan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) sekali gus menjadi ciri utama dalam memperluaskan kesalinghubungan rel ke Koridor Barat GKL/KV
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 iaitu 1 800 18 2585 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum), atau layari www.lrt3.com.my atau ikuti laman X @myLRT3.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT3
#lencongan jalan
#Paradigm Mall
#penutupan jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan