SEGAMAT: Penduduk Kampung Spang Loi di sini mengharapkan projek menaik taraf ban sepanjang 1.5 kilometer di kampung itu bagi menangani isu banjir diteliti untuk mengelak kejadian ban pecah berulang.
Ketua kampung, Zamri Bachok berkata tindakan pantas kerajaan menangani kejadian itu sememangnya harus dipuji memandangkan ban sedia ada sebelum ini dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan yang dihuni 121 keluarga.
"Sudah dua kali berlaku banjir sebelum ini, sememangnya diakui ban itu sangat membantu dan mengelakkan kediaman penduduk ditenggelami air, namun amat mendukacitakan apabila ban ini pecah sehingga air melimpah dengan pantas.
"Saya dan penduduk lain terpaksa meninggalkan rumah sehelai sepinggang kerana nyawa lebih utama, jadi ban baharu nanti harap diteliti dan diperkukuh kedudukannya," katanya yang ditemui selepas meninjau keadaan kampung itu bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menaiki bot di sini pada Selasa.
Ahad lepas, ban yang siap dibina pada 2019 itu pecah sehingga menyebabkan banjir di Kampung Spang Loi dan kampung-kampung sekitar ekoran limpahan air Sungai Muar.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat mangsa banjir di Segamat, turut mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk menaik taraf ban di Kampung Spang Loi bagi menangani isu banjir di kawasan itu dan sekitarnya.
Kerja-kerja menaik taraf ban sedia itu termasuk meninggikan aras ban daripada 5.2 meter kepada 6.2 meter bagi menampung air banjir yang meningkat berbanding semasa direka bentuk sebelum ini.
Sementara itu, seorang penduduk Kampung Spang Loi, Abdul Halim Ahmad, 76, ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tambang menyifatkan kejadian itu sebagai terburuk dan pernah berlaku pada 1971.
"Kalau buat sesuatu projek daripada kerajaan hendaklah serius dan teliti, pihak terlibat semestinya dalam kalangan terbaik yang dipilih oleh kerajaan untuk melaksanakannya, namun kerjasama itu mestilah memberi manfaat kepada penduduk," katanya.
Tinjauan Bernama bersama ATM di Kampung Spang Loi pada Selasa mendapati kediaman penduduk masih ditenggelami air hingga paras bumbung malah kebun persendirian di perkampungan itu turut musnah.
Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi terjejas banjir di Johor dengan 4,311 orang daripada 1,175 keluarga dipindahkan ke 52 PPS setakat 8 malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Zamri menunjukkan ban di Sungai Muar, Buloh Kasap di Kampung Spang Loi yang pecah sehingga menyebabkan kampung itu ditenggelami air sehingga paras bumbung. - Foto BERNAMA

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang [TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967550/41447416661652886842699_640x360.jpg)
[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean yang sebelum ini telah merangkul pingat perak dalam tiga acara, akhirnya membawa pulang emas selepas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh. Perenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu rangkul emas dengan merekod catatan masa 1 minit 47.81 saat, sekali gus mengatasi tujuh perenang lain dan menambah koleksi pingat emas negara kepada 25.

UKSB taja Zahid Hamidi, isteri melancong ke luar negara, sambut hari jadi, raya
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Ini yang ibu bapa perlu lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menekankan tentang isolasi serta penjagaan kebersihan yang serius untuk mengendalikan anak yang dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD).

Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kes buli untuk menjaga reputasi sekolah hanya akan menyebabkan isu itu terus berlaku.

Apa itu HFMD dan bagaimana mengendalikannya?
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) berpunca daripada virus Enterovirus EV71 dan Coxsakievirus A16.

Sukan SEA Hanoi: Terlepas gelaran raja pecut, penyertaan Muhammad Azeem terbatal
Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan.

PKNS, UiTM meterai MoU bagi pelihara Hutan Komuniti Shah Alam
PKNS dan UiTM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS.

NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan - PM
NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan bagi tingkatkan pengeluaran, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PRN Johor: Banjir kilat tarik perhatian calon turun padang
Kawasan-kawasan berkenaan mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat sejak petang tadi tetapi surut selepas beberapa jam.

Keadaan banjir di Johor semakin pulih
Situasi banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 271 orang setakat 4 petang ini berbanding 309 orang, pagi tadi.

Banjir: Ibu tunggal harap ada sinar untuk persiapan persekolahan tiga anak angkatnya
Biarpun dirinya tidaklah sesenang orang lain, namun Ramlah menggalas tanggungjawab menjaga tiga orang anak angkat berusia antara 9 hingga 13 tahun.

Banjir Johor: Penduduk Kg. Bukit Limau Manis reda dengan banjir, hanya mampu berdoa hujan tidak lebat
Penduduk setempat berkata, banjir yang melanda kawasan ini dikira ketiga paling besar, didahului banjir pada tahun 2011 dan 2006.

Projek naik taraf ban Kampung Spang Loi perlu diteliti - Penduduk
Penduduk Kampung Spang Loi di sini mengharapkan projek menaik taraf ban sepanjang 1.5 kilometer di kampung itu bagi menangani isu banjir diteliti untuk mengelak kejadian ban pecah berulang.

Banjir Johor: Satu PPS di Tangkak ditutup, jumlah mangsa banjir meningkat
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 5,598 orang.

Banjir Johor: Cara kerajaan depani masalah lebih teratur - Bastien Onn
Cara kerajaan mendepani masalah banjir di Johor kali ini lebih teratur, kata Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn.

Mersing daerah baru terjejas, mangsa banjir Johor terus meningkat
PPS yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi di daerah itu ialah Politeknik Mersing, dengan 104 mangsa daripada 27 keluarga.

PGA Briged Tengah bantu operasi banjir di Segamat mulai hari ini
Bagi peringkat permulaan, satu platun 42 anggota daripada Batalion 5 dan 6 PGA Briged Tengah akan digerakkan.

Banjir: Askar Timbalan Setia Negeri Johor agih bantuan - TMJ
TMJ meneruskan tinjauan banjir di Tangkak dan Muar Johor pada Ahad.