SUKAN
Abdul Rashid dilantik CEO MASOC 2027 - Hannah

Hannah berkata pelantikan Abdul Rashid berkuat kuasa hari ini dan tanggungjawab utamanya mengetuai sekretariat bagi penganjuran temasya dwitahunan serantau itu. - Foto FB Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan Sukan Para ASEAN 2027.
Ringkasan AI
- Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai CEO MASOC dan Sukan Para ASEAN 2027, berkuat kuasa 1 Julai 2025, bagi menyelaras semua aspek persiapan temasya dwitahunan itu.
- Beliau berpengalaman lebih 37 tahun dalam pentadbiran sukan, termasuk pernah menjadi Ketua Pengarah MSN dan terlibat dalam penganjuran Sukan SEA 2017.
- Penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 akan melibatkan Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor, dengan Jawatankuasa Pengelola telah ditubuhkan sejak Mac 2025 untuk menyelaras logistik dan operasi.
"Abdul Rashid, 61, memiliki pengalaman luas dalam dunia sukan negara dengan pembabitan secara langsung selama lebih 37 tahun dan memegang pelbagai jawatan dalam MSN sebelum bersara sebagai Ketua Pengarah pada awal April 2025.
"Abdul Rashid juga memainkan peranan penting membantu MASOC dalam bidang pengurusan ketika kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017," katanya.
Selain Kuala Lumpur, penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 turut membabitkan tiga negeri lain, iaitu Sarawak, Pulau Pinang, dan Johor.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami