KUALA LUMPUR: Projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun, dijangka bermula tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antara inisiatif di bawah projek berskala besar itu ialah pembangunan dan penyelenggaraan 100 blok sistem pengairan tertier, projek pemulihan menyeluruh Empangan Pedu serta pembangunan dan penyelenggaraan skim pemindahan sumber air Jeniang fasa dua.
Beliau berkata projek dengan peruntukan RM3 bilion itu akan dilaksanakan dengan konsep kerjasama awam-swasta, melibatkan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penanaman padi di kawasan MADA dibiayai sepenuhnya terlebih dahulu oleh pihak swasta.
"Sehingga 30 Sept 2023, pelaksanaan inisiatif ini sedang dalam peringkat penilaian perolehan melalui kaedah permintaan untuk cadangan (RFP), yang diuruskan bersama di antara unit kerjasama awam-swasta, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MADA dan jabatan-jabatan lain juga terlibat.
"Pembidaannya sedang berjalan sekarang yang akan dibayar semula oleh kerajaan kepada syarikat terlibat selepas projek siap," katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu bilakah projek naik taraf pengairan itu akan disiapkan.
Selain itu, beliau turut menegaskan komitmen kementeriannya untuk terus memperkasa sistem pengairan bagi tanaman padi seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak, bagi menjadikan kedua-dua negeri itu jelapang padi kedua negara.
"(ini) setelah kita lihat di negeri-negeri utara ini banjirnya berlaku serentak, selalunya pada bulan Disember dan Januari.
"Oleh itu usaha kita untuk mendapatkan peruntukan pada masa akan datang akan diteruskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru

Projek naik taraf sistem pengairan MADA mula tahun depan - Mohamad Sabu
Projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dijangka bermula tahun depan.