PUTRAJAYA: Sebanyak 7,544 atau 90.3 peratus projek penyelenggaraan kecil Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dalam proses dan siap dilaksanakan setakat 22 Sept lepas, menurut Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
ICU JPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya dengan kerjasama KPM telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek penyelenggaraan kecil melibatkan penyelenggaraan tandas bagi 8,354 sekolah dengan peruntukan RM630.77 juta yang bermula pertengahan Julai lepas.
"Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan. Projek penyelenggaraan ini dijangka dapat disiapkan pada penghujung Oktober 2023," menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan kesemua projek berkenaan adalah secara kolaboratif antara ICU dan KPM serta pejabat-pejabat daerah di seluruh negara.
Menurut ICU JPM, inisiatif itu selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat yang menginginkan kemudahan tandas yang bersih dan selamat untuk keselesaan lebih lima juta pelajar dan 409,161 guru di negara ini.
"Kerajaan akan terus komited untuk memastikan penyediaan prasarana dan perkhidmatan terbaik serta dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat. Hasrat ini adalah selaras dengan agenda kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Pelaksanaan kesemua projek berkenaan adalah secara kolaboratif antara ICU dan KPM serta pejabat-pejabat daerah di seluruh negara.

Imigresen usir lebih 30,000 pendatang tanpa izin sejak Januari - Ruslin
Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Kerajaan beri lebih tumpuan kepada penyelesaian masalah kemudahan asas di Labuan - PM
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada penyelesaian masalah kemudahan asas untuk rakyat daripada mengutamakan kepada projek pembangunan infrastruktur yang masih boleh ditangguhkan.
[TERKINI] Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Untuk mengetahui laporan terkini berhubung pengebumian Zayn Rayyan, terus bersama Ridauddin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
PISA 2022: KPM akan kembali fokus kepada 3M
Kesenjangan pembelajaran ini adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.

Malaysia perlu anjakan paradigma dalam produktiviti dan kadar upah lebih tinggi - MITI
Majikan memerlukan anjakan paradigma dalam melabur dalam produktiviti dan sanggup membayar kadar upah yang lebih tinggi untuk kemahiran.
PISA 2022: Pencapaian Malaysia merosot, pandemik COVID-19 dijadikan punca
Keciciran pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dilihat sebagai faktor utama yang mempengaruhi pencapaian murid sekolah Malaysia dalam laporan Programme for International Student Assesment (PISA) 2022.
MIDF Research jangka pertumbuhan KDNK naik kepada 4.7% pada 2024
MIDF Research menjangkakan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 4.7 peratus pada 2024, disokong oleh pemulihan dalam perdagangan luar dan pertumbuhan yang mampan dalam permintaan domestik.

UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Malaysia dalam landasan positif menuju pembangunan mampan
Malaysia berada pada tahap landasan yang positif bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan 99 indikator pada tahun 2022.

KPM diminta tingkat penguasaan BM, matematik, sains komputer, agama - Anwar
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu akan dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.

Bangunkan silibus penjagaan tandas secara khusus di sekolah - Ahli akademik
Silibus itu penting diperhalusi kerana setakat ini, mata pelajaran yang ada menyentuh etika penggunaan tandas hanya pendidikan sivik.

'Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau.

Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.

PM buat pemeriksaan mengejut di dua sekolah di Sekinchan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor.

Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.