KUALA LUMPUR: Projek perumahan di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Wardieburn dan Setapak memberi kelegaan kepada anggota tentera untuk memiliki rumah di tengah ibu kota.
Mengakui perkara itu, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia Mej Wan Mohd Ismail Wan Ishak, 42, berkata untuk memiliki rumah di Kuala Lumpur, ia sememangnya memerlukan 'modal' besar kerana harga rumah di pasaran sudah mencecah sehingga RM500,000.
"Harga rumah di Kuala Lumpur tinggi dan SASaR ini menyediakan rumah mampu milik kepada anggota dan pegawai dengan harga berpatutan.
"Ini kita (anggota) boleh jadikan aset untuk masa hadapan," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Projek Perumahan SASaR di Kem Wardieburn di sini, semalam.
Bapa kepada empat anak berusia lima hingga 13 tahun itu berkata dia sudah membeli seunit rumah SASaR di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun lepas sebagai pelaburan dan kemudahan untuk keluarga.
Seorang lagi anggota Tentera Darat Malaysia Pegawai Waran 1 Hairul Nizam Hamzah, 41, berkata dia sudah membeli sebuah unit rumah di bawah projek SASaR di Sungai Besi di sini selepas mendapat nasihat daripada rakan sejawatanya.
"Anggota yang lebih senior sudah 'didik' dan ingatkan untuk membeli rumah walaupun duit (gaji) sedikit...dengan projek perumahan ini saya percaya semua anggota mampu untuk mendapatkan rumah untuk jadi harta sendiri.
"Sekarang ini ekonomi meningkat dan SASaR membuka peluang kepada anggota membeli rumah dengan kos yang tidak terlampau tinggi berbanding di luar," kata anak kelahiran Negeri Sembilan itu.
Turut sependapat ialah anggota Tentera Laut, Bintara Kanan Siti Fatimah Muhammad, 40, yang mengakui bahawa projek SASaR ini dapat memastikan anggota memiliki rumah sebelum pencen.
"Bagi kami anggota lain-lain pangkat ini gajinya hanya cukup-cukup sahaja dan apabila ada peluang memiliki rumah melalui projek SASaR, ini menjanjikan anggota kediaman sendiri selepas pencen nanti," katanya yang telah berkhidmat selama 19 tahun dalam pasukan keselamatan itu.
Projek pembinaan perumahan SASaR Wardieburn dan Setapak merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan bagi memberi peluang kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan untuk memiliki kediaman yang selesa di Kuala Lumpur.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan projek perumahan SASaR di Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang, Setapak di sini semalam.
Projek perumahan SASaR ATM Wardieburn akan melibatkan pembinaan 974 unit kediaman berkeluasan 1,400 dan 1,500 kaki persegi.
Selain itu, projek perumahan SASaR ATM Setapak akan melibatkan pembinaan secara berfasa 6,400 unit kediaman dengan keluasan antara 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media berkata kos pembinaan bagi perumahan SASaR Wardieburn dan Setapak yang menelan belanja RM2.4 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh pemaju Platinum Victory Development Sdn Bhd dengan jangkaan siap secara berfasa mulai 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Anggota tentera melihat replika rumah yang akan dibina pada Majlis Perasmian Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur, 9 Nov 2023. --fotoBERNAMA
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gudang peluru tentera di Jawa Barat terbakar
Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk pemindahan penduduk di sekitar gudang, dan pengendalian kebakaran.
Azerbaijan dakwa Armenia serang kedudukan tentera di Nakchivan
Kementerian Pertahanan Azerbaijan mendakwa, tentera Armenia melepaskan tembakan berhampiran penempatan Heydarabad pada Sabtu.
Hamas cadang pelan gencatan senjata selama 135 hari
Pelan tersebut antaranya termasuk semua tebusan akan dibebaskan, Israel mengundurkan tenteranya dari Semenanjung Gaza serta persetujuan untuk menamatkan perang.
Lemas di kolam tentera: Nor Amar Mukhlis hasrat pulang ke kampung
Bapa Allahyarham berkata mengikut perancangan mereka sekeluarga bertolak ke kampung petang semalam selepas permohonan cutinya diluluskan.
Korea Selatan: Orang awam di pulau sempadan barat diarah berlindung
Arahan pemindahan kecemasan itu dibuat pada 12.02 tengah hari dan sekali lagi pada 12.30 tengah hari (waktu tempatan) atas permintaan tentera Korea Selatan.
9 disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Filipina
Pihak tentera turut menemukan lapan senjata api di lokasi kejadian.
Ukraine mahu rakyatnya di luar negara berkhidmat dalam tentera
Rakyat Ukraine berumur antara 25 dan 60 tahun di Jerman dan negara-negara lain yang layak untuk berkhidmat diminta melapor diri.