KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk memfailkan hujahan tambahan dalam kes Datin Seri Rosmah Mansor, yang berdepan pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas prosiding kes tersebut yang berlangsung di dalam kamar Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini, yang turut dihadiri peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Rosmah.
Poh berkata pihaknya perlu memfailkan hujahan tambahan pada 22 April dan 12 Mei untuk pembelaan menjawab hujahan itu.
"12 Mei juga ditetapkan untuk sebutan kes," katanya.
Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Rosmah, 70, yang memakai baju kurung merah dan selendang sepadan hadir di mahkamah hari ini.
Pada 23 Feb lepas, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi, Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.
Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Beliau berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin.
Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022

Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.- Foto BERNAMA

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 6 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Rosmah sekali lagi cabar pelantikan Sri Ram, mohon perbicaraan kes rasuah terbatal
Sebelum ini isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah menfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Rosmah tarik balik tuntut rantai tangan berlian AS$220,500
Datin Seri Rosmah Mansor menarik balik tuntutannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan berlian bernilai AS$220,500.

Ahli perniagaan gagal kembalikan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga yang lain
J.R Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula saman yang difailkan terhadap Najib dan Rosmah.

Rosmah gagal batalkan kes rasuah, gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak.

Kes lucut hak: Rosmah, Global Royalty tuntut rantai tangan berlian, Najib 7 utas jam tangan
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.

Pendengaran permohonan rayuan Deepak ditetapkan pada 27 Mei
Dalam saman itu mereka mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.

Rosmah bebas atau bersalah diketahui 7 Julai
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ahli perniagaan gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga lagi
Mahkamah Rayuan menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.