awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek tebatan banjir dipercepat melalui 'fast track' tender - Anwar

Bernama
Bernama
14/03/2023
06:48 MYT
Projek tebatan banjir dipercepat melalui 'fast track' tender - Anwar
Anwar berkata pemberian segera projek tebatan banjir tersebut susulan keadaan banjir yang melanda beberapa negeri. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah 'fast track' atau pantas dalam kelulusan tender meskipun diperkenalkan sistem tender terhad, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau yang memberi jaminan itu, berkata pemberian segera projek tebatan banjir tersebut susulan keadaan banjir yang melanda beberapa negeri.
"Kalau kita guna proses tender biasa, ia tidak boleh (diselesaikan) dalam bulan Jun dan Julai. Jadi, saya minta fast track (supaya) diselesaikan bulan Jun dan take off pada Julai," katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibharim Tuan Man pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, mengenai proses tender dan syarikat yang dianugerahkan projek tersebut.
Anwar yang juga Menteri kewangan berkata selain Johor, projek tebatan banjir termasuk Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan; Terengganu dan Kedah juga disegerakan menggunakan kaedah fast track.
Beliau juga memaklumkan belum ada mana-mana syarikat dianugerahkan projek tebatan banjir di Johor dan beberapa negeri lain setakat semalam.
Sebelum ini, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat mengumumkan enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya pada Jun tahun ini.
Projek itu melibatkan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor dan pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor serta projek lain iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#projek tebatan banjir
#fast track
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan