KUALA LUMPUR:Penubuhan Jawatankuasa Bebas sepanjang pelaksanaan darurat disifatkan sebagai perkembangan yang sihat dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, badan yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan itu mampu mengubah suhu panas politik, selain menyelesaikan krisis kesihatan yang sedang dihadapi.
“Sebahagian besar sejarah negara kita ini sejak tahun 1957 sudah ada darurat. Darurat (dilaksanakan) di Kelantan, Sarawak, darurat yang dikaitkan dengan komunis, darurat pada 1969 dan sebagainya.
“Apakah kesan kepada kehidupan rakyat dan kali ini lebih jelas kerana ada beberapa parameter yang ditentukan oleh pemerintah.
“Sebagai contoh bahawa ada tempoh tertentu ini dan ia ada matlamat yang begitu spesifik termasuk isu berhubung kait dengan kesihatan, soal COVID-19 dan sebagainya,” katanya dalam program Agenda AWANI, di sini pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Dalam perkembangan sama, Chandra berkata, situasi politik di Malaysia disifatkan luar biasa berbanding beberapa negara-negara lain meskipun mereka berdepan masalah yang hampir sama dengan negara ini.
Jelasnya, 'keistimewaan' itu antaranya disebabkan kerajaan yang memerintah ketika ini mempunyai majoriti yang tipis selain keinginan segelintir pihak yang mahu merampas kuasa.
“Kalau kita banding dengan negara-negara lain di mana parti memerintah, mereka boleh disifatkan sebagai parti minoriti tetapi mereka kekal, dapat memerintah, menggubal dasar dan sebagainya.
“Ini kerana sikap yang ada pada pembangkang. Pembangkang memahami bahawa ini (sokongan minoriti) satu ciri utama sistem demokrasi dan ada kalanya parti memerintah bersifat minority.
“Jadi, mereka menghormati proses itu dan mereka tunggu sehingga pilihan raya umum diadakan dan sebagainya,” ujar beliau lagi.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.
Tempoh pelaksanaan darurat tersebut sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.
Hasimi Muhamad
Tue Jan 12 2021

Menurut Chandra Muzaffar, badan yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan itu, mampu mengubah suhu panas politik selain menyelesaikan krisis kesihatan yang sedang dihadapi. - fotoBERNAMA

Elakkan makan, tidur berlebihan, terus aktif walau sudah berusia
Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rahsia mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengawal makanan dan elak dirinya menjadi terlalu gemuk. Ini diikuti terus bergerak dan aktif supaya otot-otot dan minda sentiasa digunakan.

AWANI Ringkas: PIBGN setuju sesi bersemuka sekolah ditangguhkan | PKP 2.0 beri kesan kepada peniaga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Resipi kebahagiaan rumah tangga Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr Siti Hasmah
Sikap toleransi antara satu sama lainmemainkan peranan penting dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga Tun Dr Mahathir bersama isteri.

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Banjir Sarawak | Mangsa banjir di PPS berkurangan
Perkembangan banjir Sarawak. Setakat jam lapan pagi ini jumlah mangsa banjir kekal dengan 1,870 mangsa membabitkan 504 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

COVID-19 | Virus Nipah ditangani selepas penemuan vaksin
Sementara itu, Dr Mahathir turut memberi contoh, penularan virus Nipah dapat ditangani dengan baik selepas penemuan vaksin dengan cepat.

Terbuka Australia: Tiga kes positif COVID-19 dikesan
Dua kes positif COVID-19 dikenal pasti dalam penerbangan dari Los Angeles dan satu dari Abu Dhabi.

COVID-19 | Tubuh panel dianggotai doktor, wakili orang awam
Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang lebih berkesan ketika ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel yang dianggotai oleh pakar perubatan. Ini kerana jelasnya, penubuhan itu bagi mewakili pendapat orang ramai berkenaan langkah pencegahan sedia ada selain langkah keselamatan susulan yang perlu dilakukan.

PKP | Tun M akur duduk di rumah, jalankan aktiviti harian seperti biasa
Pada masa sama, Tun Dr Mahathir Mohamad jelaskan beliau sentiasa memastikan rutin hariannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Meskipun ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau akur duduk di rumah dan masih lagi menjalankan tugas harian seperti biasa.

Banjir Sarawak | Perkembangan banjir di Sarawak
Kita bersama Wakil Astro AWANI Sarawak Afiezul Samit yang sudah sedia dengan perkembangan di bumi kenyalang.

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Teknikal Darurat, selaras usaha antara Persekutuan-Negeri
Jawatankuasa Teknikal itu, jelas Perdana Menteri lagi, berperanan memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan Darurat

Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.

Darurat: Apa guna Jawatankuasa Khas jika Kabinet masih berfungsi - Salahuddin
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat.

Dr Mahathir dakwa Muhyiddin Yassin diktator
Beliau membuat kenyataan sebegitu susulan tindakan Muhyiddin yang menguatkuasakan darurat supaya beliau boleh terus berkuasa.

Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik Ketua Pengarah JAKIM
Pelantikan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.

Agong, Permaisuri luang masa santuni mangsa banjir di Pekan
Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka Berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada penduduk yang terjejas.

Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat

Proklamasi Darurat: Ahli Parlimen PH, pembangkang tidak perlu sertai Jawatankuasa Khas - Mahfuz
Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang tidak perlu sertai sebarang jawatankuasa yang dibentuk dari Proklamasi Darurat.