awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB - Saksi

Bernama
Bernama
17/02/2021
13:45 MYT
Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB - Saksi
Jho Low dikatakan dilantik sebagai salah seorang daripada penandatangan sah dalam 1MDB GIL. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa proksi ahli perniagaan yang sedang dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilantik sebagai salah seorang daripada penandatangan sah dalam 1Malaysia Development Berhad Global Investment Limited (1MDB GIL) walaupun dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam syaikat subsidiari 1MDB itu.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, berkata selain dirinya, seorang lagi pegawai 1MDB, Azmi Tahir, juga dilantik sebagai penandatangan sah dalam 1MDB GIL, namun kedua-dua mereka memegang jawatan sebagai pengarah dalam syarikat itu.
Saksi ke-10 pendakwaan itu mengesahkan bahawa bekas pengarah eksekutif 1MDB dan rakan sekutu Jho Low, Terence Geh juga dilantik sebagai penandatangan sah dalam 1MDB GIL.
Beliau berkata demikian dalam pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Wan Aizuddin: Boleh anda ingatkan kami sekali lagi, apa tujuan Goh dilantik sebagai penandatangan sah walaupun dia bukannya pengarah syarikat?
Mohd Hazem: Saya tidak tahu sebabnya.
Wan Aizuddin: Anda bersetuju, sebagai anggota dalam pengurusan, seorang penandatangan sah akan diberikan dominasi terhadap harta syarikat (1MDB GIL)?
Mohd Hazem: Ya.
Wan Aizuddin: Tidakkah lembaga pengarah (BOD) seharusnya diberi taklimat terlebih dahulu berhubung pelantikan (penandatangan sah)?
Mohd Hazem: Saya tidak pasti sekiranya BOD perlu meluluskan terlebih dahulu dalam 1MDB GIL.
Mohd Hazem juga bersetuju dengan saranan peguam itu bahawa dalam amalan pengurusan biasa, adalah lebih sesuai sekiranya BOD diberi taklimat terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan kewangan utama dibuat.
Beberapa laporan sebelum ini menyebut 1MDB GIL, sebuah syaikat yang dibangunkan di British Virgin Islands pada 8 Mac 2013 merupakan syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan bagi mengeluarkan bond US$3 bilion untuk usaha sama antara 1MDB dan Abu Dhabi-Malaysia Investment Company (ADMIC).
Najib, 67, berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jho Low
#Najib Razak
#1MDB
#Mahkamah Tinggi
#penandatangan
#Mohd Hazem
#Azmi Tahir
#terence geh
#1mdb GIL
#BOD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan