awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Promosi Renault Captur – sekarang hanya RM117,200

Astro Publication
Astro Publication
01/03/2016
08:12 MYT
Promosi Renault Captur – sekarang hanya RM117,200
TC Euro Cars (TCEC) sedang mengadakan kempen jualan yang baharu untuk crossover urban Renault Captur di mana ia sekarang ditawarkan pada harga RM117,200 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).
“Maklum balas penguna tempatan terhadap Captur sangat menggalakkan. Justeru, harga promosi istimewa ini bertujuan merancakkan lagi permintaan ke atas crossover yang berkuasa dan bergaya ini. Captur ialah salah sebuah model Renault yang paling popular di dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen. Di peringkat global, lebih 500,000 unit Captur telah terjual sejak diperkenalkan; dan ia juga adalah SUV kompak paling laris di Eropah sejak 2013.
Renault Captur dikuasakan oleh enjin TCe 120 dengan pengecas tubo yang baru. Ia dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan yang bukan sahaja menawarkan prestasi sama seperti enjin 1.8 liter tradisional, malah mampu menawarkan pecutan pada putaran enjin yang rendah. Pada masa yang sama, crossover ini mampu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 5.4L/100km. Ia juga hadir bersama jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun daripada pengilang dan disokong sepenuhnya oleh Renault.
Mulai 9 hingga 13 Mac, TCEC akan mengadakan siri jelajah di Lower Ground, Oval, pusat membeli-belah 1 Utama, Bandar Utama, Selangor untuk mempamerkan rangkaian lengkap kenderaan Renault Captur.
Topic Berkaitan
# Captur
# TCEC
#Renault
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan