awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Propaganda Daish: PDRM pantau media sosial kumpulan ada kaitan - KPN

Bernama
Bernama
05/03/2023
13:58 MYT
Propaganda Daish: PDRM pantau media sosial kumpulan ada kaitan - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan itu didapati adalah berasaskan maklumat yang diperoleh daripada Nordic Counter Terrorism Network dari Finland. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memantau rapi aktiviti media sosial kumpulan di negara ini yang dikaitkan dengan pengganas Daish seperti dilaporkan oleh beberapa media tempatan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan itu didapati adalah berasaskan maklumat yang diperoleh daripada Nordic Counter Terrorism Network dari Finland.
Beliau berkata PDRM sejak awal telah mengesan dan terus memantau secara rapi penyebaran propaganda melalui media sosial yang digunakan kumpulan pengganas itu untuk meraih sokongan.
"Antara langkah PDRM ialah mewujudkan kolaborasi rapat dengan agensi keselamatan serantau bagi memantau penyebaran propaganda sedemikian agar tindakan dapat diambil ke atas pihak yang dikenal pasti terlibat.
"Dalam usaha ini, semua agensi sedang memainkan peranan secara aktif dan pemantauan telah ditingkatkan bagi memastikan tahap ancaman keselamatan terjamin," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Acryl Sani turut memberi jaminan bahawa situasi semasa tahap keselamatan negara adalah terkawal dan menasihati orang ramai supaya tidak gusar dengan laporan media berhubung perkara itu.
Katanya PDRM komited dalam memastikan sebarang kegiatan yang boleh mendatangkan kemudaratan ketenteraman awam diambil tindakan tegas tanpa kompromi demi mengekalkan kesejahteraan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM pantau rapi
#media sosial
#daish
#Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan