KUALA LUMPUR:Proses bedah siasat mangsa nahas helikopter, Allahyarham Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, selesai dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Jenazah telah diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, di sini untuk dikafan dan disolat.
Astro AWANI difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sementara itu, jenazah Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, bagaimanapun masih lagi dalam proses bedah siasat.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Al Ikhwan, Taman Puncak Jalil untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ22, Subang.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua buah helikopter (9M-HCA dan 9M-HCB) jenis G2CA yang berlepas dari Lapangan Terbang Subang Jaya ke Genting Sempah itu disahkan bertembung di udara sebelum salah sebuahnya terhempas di Taman Melawati, Hulu Kelang.
Fauzi Suhaimi
Mon Nov 09 2020

Proses bedah siasat mangsa nahas helikopter, Allahyarham Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, selesai dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi. -Astro AWANI

AWANI Ringkas: 5,000 katil di PKRC belum digunakan | WEF 2021 membuka tirai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

COVID-19: Wanita Malaysia antara 41 kes import di Singapura
Pemegang permit kerja yang tiba dari negara asalnya itu dilabelkan sebagai Kes 59586.

UMNO Tanjung Malim lapor polis kain rentang desak Zahid letak jawatan
Laporan polis dibuat Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Sulong Jamil Mohamed Shariff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Slim River pada 9.43 malam tadi.

Niaga AWANI: Tidak ada sebut tentang PKP penuh - Eurocham
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

Realiti Rakyat | Pemulihan: Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 PKS
Truecapital Asia Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelesaian aliran tunai terkemuka, telah melancarkan Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sebuah hab sehenti bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat pandemik. Pusat itu terdiri daripada tiga bidang yang merangkumi tenderniaga.com, juangtv.com termasuk kerjasama strategik dengan kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 dan bagaimana ia dapat membantu PKS di era pandemik ini kita bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Truecapital, Syed Zed Syed Mustafa.

Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927864521611533734917/1887083_18649241241611533835648_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad.

Vaksin COVID-19: Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Katanya, ini adalah kontrak Eropah yang tidak dipatuhi oleh Pfizer dan Astrazeneca.

AWANI Ringkas: Biden mahu pelan AS$1.9 trilion dilulus segera | Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Australia lulus vaksin Pfizer, kempen vaksinasi dijangka bermula akhir Februari
Vaksin Pfizer diluluskan penggunaannya untuk warga Australia berusia 16 tahun dan ke atas.

Ayah 'call' 9 kali, kami tak perasan... - Anak mangsa nahas helikopter terkilan
Farid Ridhwan berkata ketika itu dia bersama keluarga berada di rumah dan langsung tidak menghiraukan telefon.

Nahas helikopter Taman Melawati: Suasana pilu selubungi upacara pengebumian Allahyarham Mohd Irfan
Allahyarham Mohd Irfan selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, dekat sini hari ini sekitar pukul 5 petang tadi.

Tak sangka abang pergi ketika buat aktiviti yang diminati - Adik mangsa nahas helikopter
Allahyarham Sabri berkhidmat dalam TLDM lebih 30 tahun sebelum bersara sebagai Komander.

Nahas helikopter Taman Melawati: Allahyarham Mohd Sabri tinggalkan legasi - Panglima TLDM
Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam TLDM meninggalkan sebuah legasi khususnya dalam dunia penerbangan.

Nahas helikopter Taman Melawati: Jenazah Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan
Jenazah mangsa nahas helikopter, Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Proses bedah siasat mangsa nahas helikopter Melawati selesai
Jenazah telah diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, di sini untuk dikafan dan disolat.

Nahas helikopter: Kemalangan pertama babitkan model sama di Asia Tenggara
Kemalangan melibatkan dua helikopter jenis Guimbal Cabri G2 (G2CA) di Taman Melawati dekat sini pada Ahad merupakan insiden pertama di negara ini dan Asia Tenggara.

Nahas helikopter Taman Melawati: Muhyiddin rakam ucapan takziah
Perdana Menteri berkata beliau amat sedih apabila mendapat berita mengenai dua individu yang terkorban dan dua lagi cedera dalam nahas itu.

Kronologi tragedi helikopter terhempas di Taman Melawati
Kronologi kejadian helikopter terhempas yang mengorbankan dua jiwa di Taman Melawati, Ampang, hari ini.

Nahas helikopter Taman Melawati: BSKU mulakan siasatan, laporan awal dalam 30 hari - MOT
Laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.