awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses dapatkan sijil halal diteliti supaya lebih mudah - Zulkifli

Bernama
Bernama
06/07/2020
11:03 MYT
Proses dapatkan sijil halal diteliti supaya lebih mudah - Zulkifli
Zulkifli berkata, urusan berkaitan mendapatkan pensijilan halal untuk sesuatu produk makanan, seharusnya tidak membebankan pihak yang memohon. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Kerajaan akan meneliti semula proses permohonan sijil halal bagi industri makanan, agar prosedurnya dapat dipermudahkan, namun masih memenuhi piawaian halal yang ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, urusan berkaitan mendapatkan pensijilan halal untuk sesuatu produk makanan, seharusnya tidak membebankan pihak yang memohon.
"Kerajaan memang bercadang untuk meneliti hal berkaitan pensijilan halal secara menyeluruh, agar segala isu dihadapi pihak industri dalam mendapatkan sijil halal, tidak lagi menjadi masalah. Kita akan cuba memudahkan bukan menyukarkan lagi.
"Cuma proses berkenaan perlu lengkap dan disempurnakan mengikut syarat-syarat dan piawaian yang ditetapkan. Tambahan pula dalam situasi ketika ini yang dalam PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) dan normal baharu. Pastinya lebih perlu dimudahkan," katanya selepas melancarkan 'Virtual Halal School' di Menara Arina-UNITI di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, demikian ketika diminta mengulas berkenaan pihak-pihak yang menggunakan sijil halal tidak sah pada produk makanan, sehingga mengelirukan pengguna khususnya umat Islam.
Zulkifli berkata, antara aspek yang akan dilihat misalnya berkaitan tempoh masa yang lebih pendek dan borang atau dokumen berkaitan permohonan sijil halal itu.
"Pada masa sama orang awam terutamanya umat Islam juga perlu sentiasa teliti, terhadap logo halal yang dipamerkan pada produk yang dibeli, serta memastikan logo digunakan adalah asli dan diiktiraf oleh pihak berwajib," katanya.
Mengenai Virtual Halal School, yang merupakan inisiatif pembelajaran bagi menyebar luas input serta isu berkaitan aspek halal secara maya oleh Pusat Kecemerlangan Halal Kolej UNITI (UHAC) beliau berkata, usaha itu akan menyuburkan lagi industri halal di negara ini.
Buat permulaan Virtual Halal School menganjurkan 'Virtual Halal Summer Camp' (VHSC) 2020 bermula hari ini sehingga 31 Okt dengan tema: Memahami Halal dalam Industri dan Kehidupan, melibatkan sesi pembelajaran interaktif dalam talian oleh 17 tenaga pakar.
Maklumat lanjut mengenai Virtual Halal School boleh didapati di laman Facebook rasminya; Virtual Halal School.
Topic Berkaitan
#Cuba
#Dr Dzulkifli
#Facebook
#Halal
#Islam
#kerajaan
#menteri
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan