DEMI memastikan perkhidmatan yang lebih baik kepada Rakyat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mewujudkan proses fast track untuk menyelesaikan isu-isu capaian di kawasan yang dikenal pasti sebagai keutamaan tinggi. Langkah ini diambil berikutan aduan pengguna baru-baru ini tentang kelewatan pemasangan perkhidmatan komunikasi di beberapa kawasan keutamaan tinggi akibat rundingan komersial yang berlarutan antara syarikat- syarikat pemberi perkhidmatan.
Inisiatif ini yang disokong dengan pelaksanaan JENDELA, diambil bagi memastikan pengguna mendapat akses perkhidmatan komunikasi yang berkualiti dalam tempoh yang berpatutan. Usaha ini sangat penting semasa mengharungi pandemik COVID-19 yang meningkatkan pergantungan pengguna, peniaga dan kerajaan terhadap perkhidmatan komunikasi untuk melaksanakan urusan setiap hari.
MCMC mengarahkan syarikat-syarikat pemberi perkhidmatan memuktamadkan rundingan komersil bagi kawasan keutamaan tinggi yang telah dikenal pasti dalam tempoh 10 hari bekerja. Andai tiada persetujuan dalam tempoh tersebut, syarikat-syarikat berkaitan dikehendaki membawa isu berkenaan untuk diputuskan oleh MCMC. MCMC akan melaksanakan penilaian mengenai perkara tersebut dan memberikan arahan kepada penyedia perkhidmatan untuk dipatuhi. Keputusan MCMC dikuat kuasa di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
Kawasan keutamaan tinggi yang dikenal pasti oleh MCMC adalah seperti berikut:
1. Pusat pentadbiran erajaan Persekutuan dan Negeri;
2. Hab pengangkutan (contohnya stesen MRT, lapangan terbang dan stesen kereta api) dan jaluran pengangkutan (contohnya landasan kereta api dan lebuh raya);
3. Kawasan berimpak tinggi ekonomi (contohnya taman industri dan koridor ekonomi);
4. Projek kerajaan yang dikenal pasti di bawah RMK-12;
5. ProjekJENDELA;
6. Kawasan keutamaan tinggi bagi pelaksanaan 5G; dan
7. Kawasan yang mempunyai pemberi perkhidmatan eksklusif.
Syarikat pemberi perkhidmatan telah dimaklumkan mengenai perkara ini.
Proses fast track ini berkuat kuasa serta-merta serentak dengan penerbitan kenyataan ini. Syarikat pemberi perkhidmatan dikehendaki mengemukakan isu-isu dengan perincian yang relevan untuk diputuskan oleh MCMC melalui salinan elektronik kepada [email protected].
Kenyataan Media
Wed Mar 03 2021
Inisiatif ini diambil bagi memastikan pengguna mendapat akses perkhidmatan komunikasi yang berkualiti dalam tempoh yang berpatutan.
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Bekas tokoh Bersih lancar Projek SAMA, tingkat akauntabiliti
Tujuh bekas BERSIH pada Sabtu melancarkan sebuah organisasi yang memperjuangkan reformasi institusi dikenali sebagai Projek SAMA.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Dua polis bsi ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub
Rakaman percakapan tersebut merupakan susulan tindakan suspek memuat naik klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
TikTok, META perlu tingkatkan usaha pantau kandungan memudaratkan
Penyedia platform dalam talian Tiktok dan META digesa meningkatkan usaha pemantauan, susulan peningkatan kandungan dalam talian yang memudaratkan.
1,454 kandungan 3R dalam media sosial diturunkan setakat ini - Teo
MCMC dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.
Tilawah al-Quran: MCMC panggil empat pemilik akaun Facebook
MCMC memaklumkan, semua data yang dimuat naik oleh individu berkenaan telah direkodkan sebagai bahan bukti, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Aktiviti 'swinger': Tiga suspek berjaya diberkas PDRM
Tiga suspek yang aktif lakukan aktiviti 'swinger' dalam talian berjaya diberkas atas kerjasama MCMC dan PDRM