KUALA LUMPUR:Proses mediasi bagi menyelesaikan kes saman membabitkan pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya dengan syarikat pembekal tekstil D'Haja (Malaysia) Sdn Bhd yang kini berada di peringkat rayuan, ditetapkan pada 21 Jan ini.
D’Haja memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini, yang membenarkan tuntutan saman Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari dan Scha, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir terhadap syarikat itu berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.
Peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili D'Haja berkata proses mediasi akan berlangsung menerusi aplikasi Zoom berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula semalam.
"Pihak-pihak telah bersetuju untuk menjalani proses mediasi dengan harapan ia boleh mencapai penyelesaian,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes menerusi dalam talian (e-review) di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar hari ini.
BACA: Mahkamah cadang kes saman Awal, Scha-D'Haja selesai melalui mediasi
BACA: Status mediasi ganti rugi RM345,305 dalam kes saman Awal, Scha-D'Haja diketahui 23 Dis
Muzzammil Merican berkata mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 4 Feb ini untuk kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai status mediasi itu.
Pada 8 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat dalam kes saman itu menyelesaikannya secara baik melalui proses mediasi.
Rayuan itu difailkan D’Haja pada 3 April 2019 atas alasan Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika membenarkan tuntutan saman pasangan selebriti berkenaan pada 27 Mac 2019.
Pasangan suami isteri itu memperoleh ganti rugi RM345,305 selepas menang dalam saman mereka terhadap D’Haja berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.
Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah turut memerintahkan defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000, faedah lima peratus bermula dari dari tarikh pemfailan hingga pembayaran penuh serta kos RM5,000 kepada kedua-dua plaintif.
Mahkamah Sesyen juga membenarkan tuntutan balas difailkan D'Haja serta memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 selepas mendapati pasangan berkenaan memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.
Menerusi saman yang difailkan pada 30 April 2018, Awal dan Scha berkata mereka telah menandatangani kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon dengan D’Haja pada 11 Okt 2016 selama dua tahun iaitu hingga 10 Okt 2018.
Bagaimanapun, mereka mendakwa D’Haja gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma asas perjanjian selain gagal memulangkan sejumlah 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Pasangan suami isteri itu memperoleh ganti rugi RM345,305 selepas menang dalam saman mereka terhadap DHaja berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran minyak wangi sebelum ini. - Gambar fail/ Bernama

Penstrukturan semula projek LCS bakal pulih, perkukuh ekosistem maritim Malaysia - MASTRA
MASTRA turut menyarankan supaya pihak terlibat melantik ahli Lembaga Pengarah Syarikat dari kalangan mereka yang berkompetensi dan berintegriti.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

"Siapa yang tak pernah bergaduh" - Scha dan Awal dedah turut hadapi ujian perkahwinan
Pelakon Scha Al-Yahya mendedahkan dia dan Awal Ashaari juga pasangan suami isteri yang tidak terlepas dari ujian berumah tangga.

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

Proses mediasi jumlah ganti rugi kes saman Awal, Scha-D'Haja pada 17 Jan 2022
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.

Proses mediasi rayuan kes saman Awal, Scha-D'Haja pada 21 Jan
Peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili D'Haja berkata proses mediasi akan berlangsung menerusi aplikasi Zoom berikutan pelaksanaan PKP.

Status mediasi ganti rugi RM345,305 dalam kes saman Awal, Scha-D'Haja diketahui 23 Dis
Pada 8 Sept lepas, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.

Hero Remaja kembali mencari bakat-bakat baharu
Daripada 600 bakat baharu yang hadir ke ujibakat, akhirnya 12 finalis telah pun berjaya di pilih untuk merebut gelaran Hero Remaja.

Bila Aafiyah, Lara, Yusof Iskandar masuk sekolah...
Bila si cilik glamor akan masuk sekolah dan apa persiapan psikologi mereka nanti..

Maharaja Lawak Mega 2018 buka gelanggang
Tiada penyingkiran untuk minggu pertama MLM 2018 yang menampilkan 14 peserta semuanya.

Awal Ashaari berang, wanita lempar kata-kata kesat terhadap anak
Pelakon Awal Ashaari tidak dapat menahan kemarahan apabila salah seorang pengikut isterinya Scha Al- Yahya di laman instagram memberikan komen kurang sopan.

Awan Dania ke layar perak
Drama bersiri Awan Dania pernah mencatat jumlah tontonan tertinggi di televisyen kini ke layar perak.