KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Dis sebagai pengurusan kes bagi mengetahui status mediasi berhubung ganti rugi berjumlah RM345,305 yang perlu dibayar sebuah syarikat pembekal tekstil D'Haja (Malaysia) Sdn Bhd kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya.
Peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata tarikh hari ini dilapangkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang selama empat minggu mulai 9 Nov hingga 6 Dis depan.
"Disebabkan PKPB, semua sesi ditangguhkan. Pengurusan kes ditetapkan pada 23 Dis (untuk status mediasi) di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar," menurutnya menerusi aplikasi WhatsApp.
BACA: Awal Ashaari disaman akibat keluarkan kenyataan fitnah
Pada 8 Sept lepas, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.
Jika kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan D'Haja bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang dibuat pada 27 Mac 2019.
Pada 3 April 2019, D’Haja memfailkan rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan tuntutan Awal, atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, dan isterinya Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir terhadap syarikat itu berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan tersebut.
Pasangan selebriti itu memperoleh ganti rugi RM345,305 selepas menang dalam saman mereka terhadap D'Haja.
Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah turut memerintahkan defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 serta faedah sebanyak lima peratus bermula dari tarikh pemfailan sehingga pembayaran penuh dan kos RM5,000 kepada kedua-dua plaintif.
Mahkamah Sesyen turut membenarkan tuntutan balas D’Haja dan memerintahkan pasangan selebriti itu membayar RM55,000 selepas mendapati mereka memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi tersebut ke Brunei.
Menerusi saman yang difailkan pada 30 April 2018, Awal dan Scha berkata mereka telah memasuki kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon dengan D’Haja pada 11 Okt 2016 selama dua tahun iaitu sehingga 10 Okt 2018.
Bagaimanapun, mereka mendakwa D’Haja gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma asas perjanjian selain gagal memulangkan sejumalah 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Pada 8 Sept lepas, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan. - Foto BERNAMA

Harga padi: Pesawah masih terima RM1,700 per tan, subsidi RM500 satu tan - Mohamad Sabu
Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi.
AWANI 7:45 [04/10/2023] - Hantar surat atas arahan Perdana Menteri | Jerebu rentas sempadan | Jangka menurun 2.6 peratus tahun depan | Jualan bawah harga siling
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia hantar surat kepada Indonesia, jerebu rentas sempadan
2. Jangan nafi jerebu dari Indonesia, ASMC ada data
3. Paras inflasi dijangka 3.2 peratus sehingga akhir tahun
4. Dalam tempoh dua hari, Kabinet buat keputusan subsidi telur dan ayam
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia hantar surat kepada Indonesia, jerebu rentas sempadan
2. Jangan nafi jerebu dari Indonesia, ASMC ada data
3. Paras inflasi dijangka 3.2 peratus sehingga akhir tahun
4. Dalam tempoh dua hari, Kabinet buat keputusan subsidi telur dan ayam

MOSTI giat galakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur
MOSTI giat dalam usaha menggalakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur menerusi penyediaan latihan, sumber dan bimbingan untuk usahawan teknologi baharu.

Malaysia komited bekerjasama dalam kerangka ASEAN bagi usaha sifar bersih - Nik Nazmi
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini.

Dua stesen di Sarawak rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang - JAS
Hanya dua daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu di Sri Aman dan Serian, Sarawak setakat 4 petang ini.
AWANI Ringkas: Jerebu rentas sempadan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Ringankan beban rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Op BPT periksa pengilang, pemborong padi dan beras bermula hari ini
Pemeriksaan di peringkat pengilang dan pemborong padi dan beras di seluruh negara menerusi Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (OP BPT) bermula hari ini.
Malaysia semakin hampiri sasaran 27 pingat
Tiada tambahan pingat buat kontinjen Malaysia dalam saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 untuk hari ini.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Mesyuarat Kabinet tidak sentuh mengenai rombakan
Datuk Seri Khaled Nordin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menyentuh mengenai rombakan Kabinet.