awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pemulihan bekalan air di tujuh wilayah capai 97 peratus - Air Selangor

Bernama
Bernama
18/04/2020
15:52 MYT
Proses pemulihan bekalan air di tujuh wilayah capai 97 peratus - Air Selangor
Air Selangor berkata usaha menstabilkan bekalan air dalam sistem agihan sedang dilakukan untuk mempercepat proses pemulihan.
Proses pemulihan bekalan air di tujuh wilayah yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual semalam berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, telah mencapai 97 peratus, setakat 6 petang tadi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata bekalan air di kebanyakan kawasan pulih sepenuhnya kecuali 54 kawasan di tiga wilayah sedang dalam proses pemulihan.
"(Daripada tiga wilayah yang mengalami gangguan bekalan air) status pemulihan untuk Gombak ialah 99 peratus, Klang/Shah Alam (92 peratus) dan Kuala Langat (51 peratus)," menurut Air Selangor.
Air Selangor berkata usaha menstabilkan bekalan air dalam sistem agihan sedang dilakukan untuk mempercepat proses pemulihan.
"Sebungan itu, Air Selangor meminta kerja sama pelanggan yang telah menerima bekalan air supaya menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar di kawasan yang masih terjejas. Bekalan air akan terus dihantar ke kawasan terjejas sehingga bekalan air pulih," kata kenyataan itu.
Air Selangor akan menyalurkan status terkini menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#bekalan air
#Klang
#Kuala Langat
#shah alam
#Sungai Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan