Lebih banyak ruang dan peluang perlu diberikan kepada muka baharu khususnya golongan muda untuk terlibat dalam kepimpinan UMNO agar dapat menyumbang kepada proses 'penyegaran semula' parti, kata penganalisis politik.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata langkah itu secara langsung boleh menarik lebih ramai pengundi dalam kalangan orang muda dan 'meremajakan parti'.
"UMNO perlu lebih peka terhadap gaya dan corak kepimpinannya agar ia lebih relevan, seiring dengan kehendak dan situasi semasa hari ini. Oleh itu, peluang harus diberikan kepada muka baharu khususnya orang muda untuk membantu meneruskan kesinambungan kejayaan parti," katanya kepada Bernama.
Ahmad Martadha mengulas kenyataan Naib Pengerusi Kanan Veteran UMNO Malaysia Datuk Mohamad Rozali Isohak baru-baru ini bahawa UMNO memerlukan proses 'penyegaran semula' bagi memastikan parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) terus kukuh dan diyakini seluruh rakyat seperti pada awal penubuhannya.
UMNO, yang diasaskan Allahyarham Datuk Onn Jaafar, meraikan ulang tahun ke-70 pada hari ini, 11 Mei.
Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata UMNO perlu melakukan proses saringan ketat termasuk mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan individu yang terpilih dalam barisan kepimpinan benar-benar berkelayakan, berdisiplin dan sanggup berjuang demi parti.
Selain itu, tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota yang terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah atau salah laku perlu disegerakan dan dilaksanakan dengan tegas sebagai pengajaran kepada anggota lain.
"Mereka yang terbukti bersalah tidak wajar diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan dalam parti kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota selain memberi persepsi negatif bahawa UMNO ketandusan pemimpin berintegriti dan disegani," katanya.
Turut berharap agar lebih ramai pemimpin UMNO 'turun padang' bagi mendekati dan memahami masalah rakyat, Ahmad Martadha berkata langkah itu akan dapat membantu memudahkan pemimpin di peringkat akar umbi untuk menerangkan dasar parti kepada rakyat.
"Jangan dilupa, rakyat dan masyarakat bawahan lah yang sebenarnya merupakan penyokong kuat UMNO selama ini dan yang menjadikan UMNO terus kukuh memerintah negara seperti hari ini. Dekatilah mereka dan jagalah (kebajikan) mereka seperti yang dilakukan pemimpin UMNO terdahulu," katanya.
Bernama
Wed May 11 2016
UMNO perlu lebih peka terhadap gaya dan corak kepimpinannya agar ia lebih relevan, seiring dengan kehendak dan situasi semasa hari ini. - Gambar fail
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.
'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.
10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.
Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.
Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.
Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri
Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.
PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.
Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.
PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.