NATIONAL
Proses rasionalisasi subsidi RON95 akan diuruskan sepenuhnya oleh MoF - Rafizi

Keputusan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan (MoF) seperti yang diputuskan Kabinet, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan (MoF) seperti yang diputuskan Kabinet, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
Ringkasan AI
- Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, memaklumkan bahawa keputusan subsidi RON95 kini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan.
- Kementerian Ekonomi telah berbincang empat kali dengan Kabinet dan kini menunggu maklumat lanjut daripada Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
- Amir Hamzah sebelum ini berkata mekanisme subsidi bersasar RON95 masih diperhalusi dan akan diumumkan selepas separuh pertama tahun ini.
Rafizi berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Rakan Dialog Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di sini, hari ini.
Pada Mac lepas, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata mekanisme bagi subsidi bersasar RON95 masih diperhalusi.
Beliau berkataan kerajaan tidak mahu membuat sebarang pengumuman awal mengenai pelaksanaannya pada masa itu dan pengumuman dijangka dibuat selepas separuh pertama tahun ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami