Proton Suprima S yang telah dilancarkan semalam menjadi tajuk perbualan utama di media sosial ketika ini.

Rata-rata pengguna media sosial menerima baik dan teruja dengan kelahiran model terbaru proton ini yang dilihat mampu menarik minat khususnya golongan muda yang lebih menggemari kereta berbentuk hatchback berbanding sedan.

Model hatchback lima pintu ini merupakan kesinambungan daripada model Preve dan dijual pada harga antara RM 76,000 bagi model Eksekutif dan RM 80,000 bagi model Premium.

Dibangunkan dengan kos RM 200 juta, model berkenaan mendapat penarafan lima bintang “New Car Assessment Programmed” dari Australia, NCAP.

Ini di antara kata-kata orang ramai di Twitter.